POCOPHONE Sindir OnePlus?!

Ketika OnePlus 6T dilancarkan di India pada 30 Oktober yang lepas, Xiaomi telah memberikan kalkulator percuma kepada mereka yang menghadiri acara tersebut untuk memudahkan “do the math” atau membuat pengiraan. [ Pra-Tempahan OnePlus 6T ]

Pengiraan yang dimaksudkan ialah berkaitan harga, betapa murahnya Poco F1 jika dibandingkan dengan OnePlus 6T. Tidak cukup dengan itu, akaun Twitter Poco India turut menyindir pesaingnya melalui beberapa kicauan berbeza.

Walaupun menggunakan pemproses yang sama, OnePlus 6T berharga INR37,999 berbanding INR20,999 bagi Poco F1. Perbezaan sebanyak INR 17,000 (kira-kira RM963) dilihat agak besar untuk sebuah telefon pintar. Frasa ‘Never Settle for OverPriced’ juga jelas ditujukan kepada OnePlus.

Pocophone turut membandingkan kelebihan dari segi kapasiti bateri yang dimiliki oleh Poco F1 dan OnePlus 6T. Walaupun Poco F1 hadir dengan bateri lebih besar (4,000mAh) berbanding OnePlus 6T (3,700mAh), ia masih lagi dijual pada harga yang jauh lebih murah.

Apa kata anda?!

 

Baca Juga:

 

 

You might also like