
Xiaomi Mi Mix 3 Akan Dilancarkan Pada 25 Oktober 2018 Di Beijing!
Sebelum ini ada sumber dari Weibo yang telah berkongsi mengenai panel belakang yang dipercayai bakal digunakan pada model terbaru Xiaomi Mi Mix 3. Terbaru, Xiaomi telah mengesahkan tarikh rasmi pelancaran tersebut melalui satu poster yang dikongsikan pada laman sosial Weibo. Telefon pintar ini bakal dilancarkan pada 25 oktober 2018 di Bejing, China.
Dikuasakan oleh Snapdragon 845, telefon pintar ini akan hadir dengan beberapa varian RAM dan juga storan. Menampilkan paparan skrin tiada bezel berukuran 6.4-inci AMOLED, Mi Mix 3 turut menawarkan penggambaran dwi-kamera 16 MP + 13 MP dengan sensor telephoto. Sementara kamera swafoto beresolusi 20 Megapiksel turut hadir dengan sokongan mod pengecaman wajah 3D serta kecerdasan buatan (AI).
Melalui maklumat yang diterima, Mi Mix 3 ditawarkan pada harga bermula CNY3,399 (kira-kira RM2,040) bagi varian 64GB + 6GB RAM serta varian 256GB + 8GB RAM pula berharga CNY5,299 (kira-kira RM3,181).

