Shopee Tawar Kod Diskaun Sempena Hari Raya Untuk Pembelian Peranti vivo

Musim perayaan tidak sah disambut tanpa promosi barangan terutamanya telefon pintar. Hari ini Shopee mengumumkan promosi istimewa selama empat hari diadakan untuk produk-produk vivo, dimana pelanggan boleh mendapatkan diskaun sehingga RM50 bermula 28 Mei hingga 31 Mei 2018.

Pelanggan boleh mendapatkan potongan sebanyak RM50 untuk pembelian telefon pintar vivo terpilih seperti V7+, V5 Plus, Y69, dan Y65 dengan menggunakan kod “VIVOR50”. Sementara itu, bermula hari ini sehingga 2 Jun 2018, pelanggan boleh mendapatkan diskaun sebanyak RM5 dengan memasukkan kod “VIVORAYA1” untuk pembelian minimum RM100.

Bagi yang mungkin tidak berkesempatan untuk membeli pada tarikh tersebut, jangan risau kerana promosi dilanjutkan bermula 3 Jun hingga 17 Jun 2018 menggunakan kod “VIVORAYA”. Diskaunnya pula masih sama iaitu RM5 dengan pembelian minumum RM100.

Layari kedai rasmi atas talian vivo di Shopee hari ini.

You might also like