
Memandangkan aplikasi ini masih baru, mungkin ramai di antara kita yang tidak biasa menggunakannya. Di sini kami ingin menunjukkan kepada anda bagaimana cara-cara menggunakan aplikasi ini untuk membuat tempahan kereta. Buat pengetahuan pengguna, sementara ini hanya bayaran tunai yang diterima, untuk pembayaran seperti kad kredit akan dilancarkan secara berperingkat dalam masa singkat ini.
Jika berminat untuk menjadi pemandu M.U.L.A, jangan lupa untuk berdaftar di laman rasmi M.U.L.A.
LANGKAH 01
Muat turun aplikasi M.U.L.A di Google Play atau App Store.

LANGKAH 02
Selesai muat turun, seperti biasa perlu melengkapkan butiran peribadi. Anda perlu masukan nombor telefon untuk tujuan pengesahan.

LANGKAH 03
Aplikasi ini memerlukan anda ON lokasi terlebih dahulu. Setelah selesai, dapat dilihat paparan antaramuka yang ringkas dan terdapat dua kategori utama untuk dipilih.

LANGKAH 04
Jika ingin membuat tempahan kereta, anda perlu pilih MULA Car dan ia secara automatik akan mengesan lokasi semasa anda.

LANGKAH 05
Kemudian masukkan lokasi yang ingin dituju untuk membuat tempahan. Aplikasi ini akan menunjukkan masa pemandu yang berada berdekatan anda.

LANGKAH 06
Di sini juga anda boleh melihat cara pembayaran secara tunai ataupun LR, promo serta nota untuk pemandu.

LANGKAH 07
Tambang akan dipaparkan di bahagian bawah, tetapi perlu memilih jenis kenderaan terlebih dahulu. Terdapat 3 kategori kenderaan yang ada dan harga tambangnya juga berbeza.

LANGKAH 08
Jika malas menunggu lama, anda boleh membuat tempahan terlebih dahulu di ruangan Pre-Book. Tetapi diingatkan harganya sedikit mahal berbanding dengan harga semasa.

LANGKAH 09
Pengguna yang menggunakan M.U.L.A. buat kali pertama akan mendapat diskaun sebanyak RM5, sah sehingga 24.4.2018 ini. Anda boleh semak promo di ruangan Vouchers.

LANGKAH 10
Memandangkan aplikasi ini sudah lama di Lembah Klang, jadi tidak menjadi masalah untuk mencari pemandu yang berdekatan. Masa yang diambil untuk mencari pemandu kurang dari 5 minit.

P/S: Pemandu hanya menunggu anda selama seminit sahaja, selepas itu cas lain akan dikenakan.
LANGKAH 11
Jika berjaya mendapatkan pemandu, aplikasi ini akan memaparkan nama pemandu, jenis kereta serta nombor plat.

LANGKAH 12
Jika berlaku sebarang kecemasan ketika anda menaiki kenderaan ini, terdapat butang SOS yang boleh ditekan dan ia akan berhubung terus pihak berwajib.

LANGKAH 13
Setelah selamat sampai ke destinasi, resit akan dihantarkan kepada pengguna melalui aplikasi ini dan juga emel. Anda juga boleh memberi rating kepada pemandu sebagai tanda terima kasih.

“Selamat Mencuba”

