
MYRodeo Sdn. Bhd (Rodeo) telah mengumumkan kerjasama bersama Digi iFleet untuk memberikan penjejak kenderaan yang lebih baik dengan kempen ‘adtech’ mereka di seluruh mod pengangkutan yang mereka gunakan untuk membawa jenama pengiklanan.
Digi iFleet adalah alat yang dipasang di kenderaan seperti kereta, van, bas, lori termasuk motosikal supaya ia dapat merekod setiap pergerakan, mengenalpasti kelajuan yang dipandu, malah dapat membantu siasatan jika berlaku kemalangan berdasarkan rekod setiap minit yang dihantar ke pusat analisa Digi.
Dengan kerjasama yang terjalin ini, Radeo dapat menjalankan kempen terkawal di sekitar Lembah Klang, untuk memastikan kenderaan bukan sahaja bergerak secara lancar, tetapi dalam masa yang sama juga dapat menunaikan permintaan pelanggan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rodeo, Valens Subramaniam berkata “Bagi memberi inisentif kepada pemandu dan pelanggan, kami telah membuat satu kempen yang dinamakan ‘Swarm’, di mana pemandu yang paling kerap berada kawasan yang popular akan diberi ganjaran”.

