Pada acara IT terbesar di asia, Computex 2016, Dell memperkenalkan barisan komputer peribadi generasi baru yang disasarkan kepada golongan muda terutamanya pelajar, usahawan dan juga keluarga yang mahukan peranti komputer serba boleh. Barisan komputer 2-in-1 ini menawarkan pelbagai pilihan konfigurasi dari pelbagai aspek pada harga yang berpatutan.
Model dengan paparan 11 inci ini menggabungkan prestasi komputer riba dan kemudahan tablet dalam reka bentuk ultraportable, lantas menjadikan ia mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Terdapat pelbagai pilihan warna yang mempunyai reka bentuk yang ceria dan muda untuk anda pilih.
Ia mempunyai pemproses terkini daripada Intel yang memberikan prestasi pantas untuk melayari laman web, melakukan kerja teks, suntingan media atau melakukan perbualan web. Paparan resolusi HD 1366 X 768 piksel menyediakan imej paparan yang segar dan terang pada skrin.
- Inspiron 13 & 15 5000 2-in-1 (Harga bermula dari RM 2,499)

Inspiron 5000 2-in-1 mempunyai reka bentuk yang anggun dan hadir dengan paparan resolusi FHD yang baik. Siri ini juga menawarkan fungsi facial recognition, jadi anda boleh log masuk dengan hanya melihat kamera infrared yang disediakan, sangat mudah.

Terdapat juga keyboard backlit untuk memberikan keselesaan ketika anda melakukan kerja dalam persekitaran malap. Terdapat dua pilihan saiz di dalam siri ini iaitu model 13 inci dan juga 15 inci, kedua-duanya menawarkan fungsi kerja dan hiburan yang sangat baik.
- Inspiron 15 5000 (Bakal masuk sekitar September, harga akan diumumkan kelak)

Inspiron 15 5000 merupakan peranti kelas atasan bagi siri terbaru ini, mempunyai rekaan yang elegan dan juga teguh, ia juga hadir dengan paparan resolusi Full HD. Model ini juga hadir dengan fungsi facial recognition untuk memudahkan anda mengakses komputer di samping memberikan lapisan sekuriti yang baik.
Selain itu ia juga dilengkapi fungsi storan SSD yang menawarkan prestasi yang lebih baik berbanding HDD dari aspek masa respon kerja dan juga penggunaan kuasa. Inspiron 15 5000 sesuai bagi mereka yang mahukan komputer berkuasa yang versatil dalam melakukan pelbagai tugasan.


