Qualcomm Akan Membekalkan Modem 5G Untuk 18 Pengeluar Telefon Pintar
Qualcomm baru mengumumkan penyediakan modem berteknologi baru menggunakan rangkaian 5G hari ini. Modem yang diberi nama Snapdragon X50 5G NR dikatakan akan ditawarkan kepada kebanyakan para pengeluar telefon pintar seluruh dunia.

Ini sekaligus membolehkan para pengeluar seperti ASUS, Fujitsu, HMD Global, HTC, LG, OPPO, Sharp, Sony, vivo, Xiaomi, dan ZTE untuk menghasilkan telefon pintar berkebolehan 5G seawal tahun 2019. Dalam pada itu, satu syarikat yang tidak menyertai Qualcomm ialah Apple.
Menerusi modem terbaru ini, pengguna akan ditawarkan rangkaian liputan yang lebih menyeluruh termasuk kepantasan dalam muat naik dan muat turun, kualiti panggilan video lebih baik, dan kelancaran melayari pelayar. Disamping itu, penstriman video dalam kualiti melebihi 1080p serta melakukan rakaman secara langsung selain penstriman video 360 darjah akan menjadi lebih stabil.
Tetapi mengikut perkembangan rangkaian liputan di Malaysia yang sedikit perlahan, pengguna tempatan mungkin bakal menikmati rangkaian 5G ini pada tahun 2022 sehingga 2023 akan datang.

