
Dengan harga jualan yang mampu milik iaitu hanya RM899, ASUS ZenFone Max Plus (M1) sememangnya sangat berbaloi untuk dimiliki. Walaupun fokus utamanya adalah sokongan kapasiti bateri yang besar, ia masih mampu memenuhi keperluan trend semasa dengan sokongan fungsi serta ciri-ciri yang boleh dikatakan lengkap.
Baca Juga:
- 7 Ciri-Ciri Menarik Tentang ASUS ZenFone Max Plus (M1)
- Reviu Eksklusif (Bah.1): ASUS ZenFone Max Plus (M1), Fungsi Maksimum Pada Harga Minimum
Ini dapat dilihat pada paparan skrin yang besar sesuai untuk fungsi multimedia, dan juga keupayaan penggambaran dengan sokongan dwi kamera yang mampu mengambil gambar dengan sudut lebih luas, fungsi keselamatan biometrik menggunakan imbasan wajah dan banyak lagi.
:: PAPARAN ::
Skrin 5.7″ IPS LCD
ASUS ZenFone Max Plus menyokong paparan skrin yang agak besar iaitu berukuran 5.7 inci dengan resolusi FHD+ beresolusi 2160 x 1080 piksel. Panel IPS LCD turut membantu dalam memastikan tahap keterangan dan juga sudut pandangan skrin yang sangat baik.

Sungguhpun memiliki saiz skrin yang besar, ZenFone Max Plus masih mampu hadir dalam saiz kerangka yang kompak dan selesa untuk dipegang. Malah ia menawarkan saiz kerangka yang sama seperti peranti dengan sokongan skrin berukuran 5.5 inci.
Format Paparan 18:9
Satu lagi keistimewaan ZenFone Max Plus adalah ia merupakan telefon pintar keluaran ASUS yang pertama hadir dengan format paparan moden 18:9. Paparan sebegini sememangnya memberikan kelebihan untuk anda yang kerap menggunakan fungsi Split Screen yang disokong oleh Android Nougat kerana sokongan paparan yang lebih luas. Tidak cukup dengan itu, format paparan 18:9 ini sememangnya sangat sesuai untuk aktiviti multimedia yang lebih baik.
Perbezaan Antara Paparan 18:9 Dengan 16:9


:: BATERI ::
Bateri Berkapasiti 4130mAh
Sebagaimana siri ZenFone Max sebelum ini, ZenFone Max Plus masih mengekalkan tradisinya dengan penawaran bateri berkapasiti tinggi mencecah sehingga 4130mAh. Sokongan kapasiti bateri yang besar sudah tentunya menjanjikan ketahanan bateri yang lebih lama dan ini jelas dapat dilihat melalui data yang telah dikongsikan oleh ASUS seperti berikut:
Boleh Dijadikan Sebagai Powerbank
Sokongan kapasiti bateri yang besar turut menawarkan satu kelebihan unik pada ZenFone Max Plus yang jarang ditemui pada peranti lain. Melalui penyediaan kabel USB OTG yang tersedia dalam pakej pembelian, anda boleh menggunakannya untuk mengecas peranti lain dengan menjadikan ZenFone Max Plus sebagai powerbank.
Proses mengecas sememangnya sangat mudah kerana anda hanya perlu menyambungkan kedua-dua peranti dengan menggunakan kabel USB OTG dan juga kabel microUSB, USB Type-C ataupun kabel Lightning.
Kitar Hayat Bateri Lebih Tahan Lama
Sebagaimana yang anda ketahui, bateri memiliki kitar hayat tertentu dan bateri akan menjadi semakin lemah dan perlu ditukar apabila ia tidak lagi boleh menyimpan tenaga bateri seperti yang sepatutnya. Tetapi dengan aplikasi pra-pasang PowerMaster, ASUS telah memperkenalkan ciri yang dikenali sebagai ‘2x Lifespan’.
Ciri ini akan mengehadkan proses pengecasan setakat 90% atau bersamaan dengan 3700mAh, sekaligus memastikan kitar hayat bateri dua kali ganda lebih lama berbanding bateri pada telefon pintar yang lain.
Masa Mengecas Penuh
Tidak dinafikan lagi semakin besar kapasiti bateri yang disokong, bermakna semakin lama masa mengecas yang akan diambil. Tetapi dengan ZenFone Max Plus, ia telah didatangkan dengan adapter pengecas yang menyokong output 5V2A atau bersamaan dengan 10W.
Sememangnya sokongan output tersebut bukanlah yang terpantas di pasaran, jadi kami akan membandingkan masa mengecas penuh antara ZenFone Max Plus dengan beberapa model lain di pasaran.
:: KESELAMATAN BIOMETRIK ::
Dilengkapi Dengan Ciri Pengecaman Wajah
ZenFone Max Plus merupakan antara peranti dengan harga jualan yang setanding dengannya di pasaran yang menawarkan ciri keselamatan biometrik tambahan yang dikenali sebagai ‘Face Unlock’.

Ini bermaksud anda boleh mengakses peranti yang telah dikunci dengan hanya menggunakan wajah melalui bantuan kamera depan. Malah berdasarkan percubaan yang kami telah lakukan, proses pengecaman wajah pada ZenFone Max Plus sememangnya pantas dan ia tidak boleh diakses sekiranya anda memejam mata ataupun menggunakan gambar.
:: PRESTASI ::
Keupayaan Pemproses MediaTek MT6750T
Pasti ramai di antara pembaca di luar sana yang masih skeptikal dengan pemproses MediaTek MT6750T yang disokong oleh ASUS ZenFone Max Plus ini bukan?! Jadi bagi melihat sendiri keupayaan prestasi model terbaru keluaran ASUS ini jika dibandingkan dengan beberapa model lain yang dioperasikan dengan pemproses yang setanding dengannya seperti berikut:
:: DWI KAMERA ::
Kamera Dengan Sudut Penggambaran Luas
Selain daripada aspek bateri yang tahan lama, ZenFone Max Plus turut menawarkan pengalaman penggambaran yang baik dengan sokongan kombinasi dwi kamera beresolusi 16 Megapiksel dan 8 Megapiksel.
Jika model lain di pasaran tampil dengan sistem kamera monokrom atau 2x zum optikal, ZenFone Max Plus pula menggunakan sistem kamera dengan sudut penggambaran luas iaitu mencecah sehingga 120°. Selain sesuai digunakan untuk mengambil gambar pemandangan, sistem kamera sebegini juga sangat sesuai untuk anda mengambil gambar di dalam ruang bilik yang sempit.
HASIL GAMBAR
Makro: Bunga

Makro: Makanan

Outdoor: Bangunan

Indoor: Dekorasi

Malam: Pemandangan

Kamera Utama (16 Megapiksel): Mod Biasa
Kamera kedua (8 Megapiksel): Mod Sudut Luas 120°







