DingTalk – Aplikasi Berguna Kepada PKS Malaysia

DingTalk sebuah platfom komunikasi dan kerjasama dari Alibaba Group baru-baru ini melancarkan DingTalk versi Bahasa Inggeris di Malaysia. Ia disasarkan khusus kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menawarkan kemudahan serba baru.

Aplikasi ini membolehkan perusaha-perusaha memantapkan lagi prestasi syarikat mereka di samping melakukan perubahan di dalam syarikat. Dilengkapi dengan teknologi terkini, DingTalk merupakan landasan yang ringkas, cekap, dan selamat untuk digunakan oleh perusaha kecil dam sederhana.

Platfom ini menawarkan fungsi berpaksikan organisasi dan bertujuan meningkatkan lagi komunikasi dan usaha sama perniagaan seperti :

  • Komunikasi bersepadu – sokongan audio, video, dan panggilan persidangan untuk 3,000 orang, e-mel bersepadu, ciri-ciri perbualan, dan peringatan pesanan.
  • Automasi pejabat – membolehkan peniaga menguruskan kedatangan, mendapatkan kelulusan dan mengekalkan laporan perniagaan, menghantar fail bersaiz sehingga 700MB.
  • Kerjasam dalaman dan luaran – peniaga boleh menempah dan penganjurkan mesyuarat, menguruskan maklumat CRM, mencipta tugasan dan tiket perkhidmatan, mengatur perbualan peribadi dan banyak lagi.
  • Platform terbuka – membolehkan aplikasi SaaS pihak ketiga disepadukan dengan DigTalk dan menyediakan ekosistem perkhidmatan perusahan bagi PKS
  • Pensijilan keselamatan ISO – DingTalk ialah aplikasi China pertama untuk mencapai piawaian ISO dalam keselamatan data yang diiktiraf di peringkat global.

DingTalk percaya ia adalah satu platfom yang terlindung dan berkesan yang dioptimumkan kepada peranti mudah alih. Selain, menawarkan penyelesaian automasi pejabat berasaskan awan dan membebaskan syarikat daripada kos membina atau membeli perisian.

Aplikasi ini boleh didapati di sistem operasi iOS, Android, Mac, dan Windows bermula hari ini.

 

You might also like