HMD Global Sahkan Nokia 2 Akan Menerima Kemas Kini Android Oreo

Jika anda merupakan seorang penggemar platform Android dan sangat mementingkan dua kriteria utama iaitu penerimaan kemas kini yang berterusan dan juga harga jualan yang mampu milik, Nokia adalah jawapannya. Ini boleh dibuktikan melalui ketersediaan kemas kini Android Oreo versi beta untuk pemilik peranti Nokia 5, Nokia 8 dan yang terbaru Nokia 6.

Nampaknya Nokia 2 yang baru sahaja dilancarkan pada penghujung tahun 2017 ini juga akan menerima kemas kini Android Oreo pada masa akan datang. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Produk HMD Global melalui akaun Twitter miliknya selepas seorang pemilik Nokia 2 telah mengajukan soalan kepadanya sama ada model tersebut akan menerima kemas kini Android Oreo ataupun tidak.

Melalui tweet itu, Juho Sarvikas telah memberitahu bahawa prestasi Nokia 2 akan menjadi lebih baik pada masa akan datang kerana penambahbaikan pengurusan memori yang disokong oleh Android Go melalui versi 8.1 untuk peranti dengan sokongan RAM 1GB akan diimplementasikan pada model tersebut.

You might also like