Adobe Mendapati Pelajar Dan Guru Gen Z Di Malaysia Memilih Kreativiti Sebagai Kunci Kejayaan

Hari ini, dalam satu kajian, Adobe telah mengeluarkan pandangan mengenai pelajar dan guru-guru Gen Z di Malaysia. Penyelidikan mendapati bahawa apabila penerangan kerja berubah dan bergerak ke arah tenaga kerja yang semakin tidak menentu, pelajar Gen Z tidak akan bersedia menghadapi masalah “dunia nyata” yang dihadapi hari ini.

Adobe telah menunjukkan 250 pelajar Gen Z di antara umur 11 hingga 17 serta 100 guru di Malaysia telah menjalani survei sekaligus mendapati 97 peratus pelajar dan 100 peratus guru melihat kreativiti sebagai platfom yang penting.

Manakala, 96 peratus pelajar percaya kerjaya masa depan mereka akan melibatkan penciptaan sementara 97 peratus guru pula merasa pelajar Gen Z akan mempunyai kerjaya yang tidak ada hari ini. Para pelajar Gen Z juga berkongsi pendapat bahawa kelas yang memberi tumpuan kepada komputer dan teknologi belum tentu dapat digemari oleh rata-rata pelajar.

Walaupun berasa teruja, pelajar-pelajar Gen Z di Malaysia melihat diri mereka sebagai bercita-cita tinggi, ingin tahu dan kreatif. Hampir 40 peratus daripada pelajar-pelajar Gen Z merasa tidak bersedia untuk masa depan, dan merasakan apa yang mereka pelajari di luar kelas adalah lebih penting untuk kerjaya masa depan berbanding apa yang mereka pelajari di dalam kelas.

Walaupun pelajar Gen Z di Malaysia melihat diri mereka sebagai lebih kreatif daripada generasi masa lalu, guru dan pelajar telah bersetuju bahawa kaedah terbaik untuk pembelajaran dan pengajaran adalah melalui pendekatan melalui kerjasama dengan orang lain. Perspektif ini berkait rapat dengan 68 peratus pendidik yang ingin mengembangkan kurikulum.

Kajian ini telah diambil secara atas talian pada 21 September sehingga 5 Oktober yang lalu melibatkan 350 orang termasuk 100 orang guru.

You might also like