Apple Kembalikan Wang Pemilik iPhone X Ini Kerana Masalah FaceID

Apple telah memaklumkan bahawa teknologi FaceID adalah fungsi keselamatan yang paling selamat digunakan pada telefon pintar setakat ini. Namun, sebaliknya berlaku kepada seorang wanita apabila iPhone X miliknya tidak berfungsi seperti yang diharapkan.

Ini kerana FaceID yang digunakan telah dapat dibuka menggunakan wajah rakan di tempat kerjanya. Sejurus menyedari iPhone X miliknya menghadapi masalah, wanita tersebut segera menelefon pihak Apple lalu mengajukan aduan, malangnya aduannya telah ditolak dan tidak dipercayai oleh kakitangan berkenaan.

Yan (berbaju hitam), pengguna malang iPhone X.

Oleh kerana tidak berpuas hati, wanita malang ini terus ke stor Apple yang berdekatan lalu menunjukkan sendiri bagaimana rakannya mampu membuka FaceID pada iPhone X miliknya. Selepas meneliti, kakitangan Apple telah telah memberitahu bahawa kamera dan sensor pada iPhone X tersebut mengalami masalah dan menukarnya kepada unit yang baru.

Sekali lagi wanita ini menerima nasib yang malang kerana unit yang kedua turut mengalami masalah yang sama. Oleh itu, stor berkenaan mengambil keputusan untuk memulangkan wang kepada wanita tersebut.

Setakat ini, Apple tidak mengulas lanjut mengenai isu ini.

Sumber

You might also like