Kemas Kini Terbaru LINE Menawarkan Fungsi ‘Unsend’

Jika sebelum ini WhatsApp menawarkan fungsi memadam mesej, LINE pula hadir dengan fungsi baru iaitu tidak dihantar (Unsend) apabila pengguna mengemaskini aplikasi LINE mereka.

Fungsi ini sangat berguna terutamanya jika anda tersalah menghantar mesej kepada seseorang ataupun di dalam group. Apabila tersalah hantar mesej, apa yang perlu dilakukan adalah pilih mesej tersebut, kemudian tekan tidak dihantar (Unsend). Tetapi harus diingat, ia boleh dilakukan kurang daripada 24 jam mesej tersebut dihantar.

Selain mesej, fungsi ini juga juga boleh digunakan untuk pelekat, gambar, video, mesej suara dan beberapa lagi. Tunggu apa lagi, cepat kemas kini aplikasi LINE ada sekarang!

You might also like