
Selain Queensbay Mall dan Suria KLCC, Xiaomi telah membuka sebuah lagi Mi Store di Malaysia secara rasmi bertempat di pusat membeli-belah IOI City Mall, Putrajaya. Kedai ketiga ini dibuka kepada peminat dan pengguna Xiaomi mendapatkan pelbagai peranti pintar seperti telefon, komputer riba, jam tangan kecergasan, speaker, lampu meja LED, beg, dron, skuter dan beberapa aksesori lain dengan mudah.

Bilik pameran Mi store ini sedia menjual produk baru dan sudah pasti ianya bukan set AP tetapi set tulen daripada Xiaomi Malaysia. Dalam masa yang sama, kedai ini juga mempamerkan sebuah telefon pintar terbaru Xiaomi iaitu Redmi 5A yang menawarkan harga serendah RM399.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan model baru Mi MIX 2 serta Redmi Note 5A Prime, ia juga boleh didapati di kedai induk ini. Jadi, kepada anda yang berada di berdekatan, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menikmati potongan harga yang ditawarkan.

