Terujanya Bila Bawa Huawei Mate 10 Pro Ke Thailand

Minggu lepas saya dan keluarga telah bercuti ke negara jiran. Bukan kali pertama tapi boleh dikatakan setiap dua tahun sekali kami semua akan ‘balik’ ke sana. Perjalanan bukannya menaiki kapal terbang sebaliknya memandu dengan kereta sendiri ke Thailand.

Apa yang saya bawa bersama dalam percutian ini ialah sebuah telefon pintar terbaru iaitu Huawei Mate 10 Pro. Nak dibawa kamera DSLR tak ada, jadi kamera telefon sahaja la. Lagipun, tak leceh sangat nak pikul ke hulu ke hilir dan paling pasti kamera DSLR bukan kalis air.

Cerita pasal air, sepanjang perjalanan dari Kedah sehingga Hatyai, Thailand, hujan tak berhenti dan ada beberapa tempat telah dinaiki air. Seperti biasa bila kita di tempat orang, mesti nak ambil gambar untuk dibuat kenangan bukan. Dengan Huawei Mate 10 Pro, jangan pening sebab korang boleh ambil gambar dalam hujan sebabnya kerangka badan telefon ni kalis air dan debu.

Gabungan kamera utama Leica 20MP + 12MP

Hari pertama tiba, kami berehat sepuasnya di dalam bilik hotel. Sambil-sambil lunjurkan kaki dan badan, saya membelek-belek Mate 10 Pro ni dan cuba sambungkan internet menggunakan WiFi. Alangkah indahnya, kelajuan yang disediakan cukup untuk saya menonton video Youtube dengan resolusi HD penuh – nampak tak, betapa lajunya internet dekat hotel ni dan terima kasih pada bateri 4,000mAh ni. Sampai terlelap dibuatnya!

Keesokan, selepas subuh waktu Thailand (awal sejam), kami menuju ke stesen keretapi dan merancang untuk ke daerah Yala (selatan Thailand). Hotel yang kami diami dengan stesen hanya memakan masa 10 minit dengan berjalan kaki.

Warna dalam persekitaran tepat dan kurang noise – Kebanyakan jalan di Thailand guna lampu berwarna putih

Untuk makluman, tiket untuk ke daerah selain Hatyai memerlukan kad pengenalan diri termasuk rakyat tempatan sendiri. Ini berikutan isu-isu keselamatan yang amat ketat selepas beberapa siri pengeboman di daerah selatan Thailand.

Kereta api yang kami naiki tidak lah moden seperti di negara Malaysia, dengan gerabak ‘old school’ saya berasa seperti berada di dalam filem zaman 80’an. Memang saya teruja disebabkan saya masih belum lahir pada masa tu. Keterujaan itu ditambah pula dengan askar-askar bersenjata yang mengawal setiap gerabak.

Pemandangan di luar keretapi masih boleh kelihatan jelas dan tidak over-exposed – cermin keretapi kabur tu sebab kotor

Setelah selesai berjalan di sana, kami pun tiba semula di Hatyai pada petang hari yang sama. Perut pun dah berkeroncong, tanpa berlengah kami melencong pula ke tempat dikatakan ‘panas’ – ianya gerai-gerai yang menjual makanan seperti pulut ayam, udang galah, puyuh goreng dan makanan siam.

Cahaya yang malap pun tak ada masalah untuk kamera beraksi

Pada hari seterusnya, kami meluangkan masa dengan berjalan di sekitar bandar untuk melihat gelagat dan kehidupan rakyat di Thailand. Kami juga sempat bershopping di pasar Hatyai dan semua barang yang dijual di sana segar-segar beb! – betul tak tipu.

Lelaki bawa motor ni boleh dirakam secara statik dengan baik
Setakat ni, gambar monokrom pada siri Mate 10 mendahului telefon pintar dari flagship jenama lain.

Hampir empat hari di Thailand, kami pun bersiap untuk berangkat pulang ke tanah air. Selepas melepasi pemeriksaan sempadan di Padang Besar, kami memulakan perjalan ke sebuah tasik yang diberi nama Timah Tasoh. Tasik ini merupakan tasik buatan manusia dan secara kebetulan pada masa itu, air tasik sedang dilepaskan ke dalam sungai.

Gambar panorama yang diambil dari zon pemandangan di Tasik Timah Tasoh
Zum 2x hybrid memang tidak mengecewakan.

Selepas hampir 30 minit menikmati pemandangan indah, kami memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sebelum singgah bermalam di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Apa yang dapat saya simpulkan, perjalanan kami menaiki kereta ke Thailand tidak dinafikan agak letih tetapi pengalamannya sama sekali tidak sama seperti anda menaiki kapal terbang ataupun menaiki bas.

Gambar bokeh sangat baik dan jelas dapat dilihat subjek utama dengan latar belakang dapat dipisahkan dengan baik.

Korang nak tahu berapa kali saya cas telefon Huawei Mate 10 Pro ni, hanya 3x saja!

Harga Dan Spesifikasi:
  • RM3,099
  • Mocha Brown dan Midnight Blue
  • HiSilicon Kirin 970 (NPU)
  • Mali G-72 MP12
  • Android 8.0 / EMUI 8.0
  • 6GB RAM / 128GB ROM
  • Paparan 6″ OLED FHD+ (1080 x 2160p)
  • 20 MP (monokrom) + 12 MP (RGB) f/1.6
  • 8 MP f/2.0
  • 4,000mAh Huawei Super Charge
  • Dwi SIM-Nano 4G+ (1.2Gbps)
  • Kalis air dan debu IP67
  • Speaker Stereo
  • 178g

 

UNBOXING ↓↓↓

 

 

You might also like