
Qualcomm Umum Xiaomi Mi 7 Akan Menggunakan Snapdragon 845
Qualcomm yang merupakan jenama cip pemproses telefon pintar terkenal dunia hari ini memberitahu Snapdragon 845 akan diguna pakai pada peranti Xiaomi Mi 7 tahun hadapan. Pengumuman ini telah dibuat sendiri oleh individu tertinggi Qualcomm Technologies yang ditemani Lei Jun, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi.
Ini secara tidak langsung menjadikan peranti Xiaomi pertama yang menggunakan cip pemproses berprestasi tinggi dari Qualcomm. Cip Snapdragon 845 dibina berasaskan teknologi 10 nm sama seperti model terdahulu Snapdragon 835.
Ia masih lagi menyokong Gigabit LTE melalui modem X20 sekaligus mampu mengoperasikan sebuah perkakasan yang lebih berkuasa seperti komputer riba. Sementara itu, ASUS dan HP juga khabarkan pada awal tahun 2018, komputer ini mampu memberikan kuasa bateri yang tahan lebih lama.

Setakat ini, mereka masih tidak mengulas perkara selanjutnya. Apa-apa pun kita nantikan apa yang bakal mereka tampilkan kelak.
Sumber : Qualcomm

