
Google I/O 2016: Duo: Pencabar FaceTime
Sebaik sahaja mengumumkan Allo, Google memperkenalkan pula Duo yang bakal mencabar FaceTime dalam servis panggilan video. Kelebihan Duo adalah ia sangat mudah digunakan dengan menu dan arahan yang minimal. Sebaik sahaja anda melancarkan Duo, anda akan melihat preview diri anda dari kamera hadapan. Preview tersebut akan digunakan dalam fungsi “Knock Knock” yang membolehkan penerima panggilan video melihat dahulu si pemanggil.
Walaupun mempunyai kelebihan dari segi fungsi berbanding FaceTime, Duo hanya boleh digunakan pada platform mobil sahaja dan tidak dapat dipastikan sama ada Google merancang untuk membawakan Duo ke dalam platform lain.
Untuk pengetahuan anda Google mengumumkan bahawa Allo dan Duo bakal hadir ke sistem Android dan iOS sekitar musim panas ini (dijangkakan bermula pada 20 June 2016).
Baca Juga:

