

Maxis hari ini muncul dengan pelan terbaru yang diberi nama MaxisONE Prime. Pelan yang diperkenalkan ini menawarkan internet tanpa had di rumah dan juga di luar rumah. Data yang diberikan juga boleh dikongsi seisi keluarga tanpa perlu menghiraukan gangguan rangkaian yang tidak stabil.

Pelan ini menggabungkan Maxis Home Fibre dan juga pelan mudah alih Maxis One. Dalam masa yang sama, pelanggan akan ditawarkan internet berkelajuan tinggi 30Mbps di rumah dan 4G LTE untuk luar rumah. Ia juga boleh dinaik taraf kepada 100Mbps dengan kadar cas tambahan.
Selain itu, anda dan keluarga akan dihubungkan dengan panggilan dan SMS tanpa had malah Maxis juga menjanjikan zero downtime kerana router yang disediakan mempunyai slot kad SIM. Sekiranya berlaku sebarang masalah liputan, router ini akan bertukar kepada 4G LTE secara automatik sekaligus memastikan internet tidak terputus.

Pelanggan yang ingin menambah ahli keluarga yang lain untuk turut serta menikmati MaxisONE Prime di luar rumah. Maxis menawarkan empat talian tambahan manakala, untuk menikmati hiburan yang lebih baik, pelanggan juga boleh memilih peranti atau telefon pintar melalui pelan Zerolution tanpa bayaran pendahuluan dan tanpa kadar faedah.
Bagi memastikan pengalaman internet sentiasa konsisten, pasukan Maxperts akan membantu anda mengoptimumkan WiFi di rumah dan juga peranti. Di samping, Maxis turut menyediakan talian bantuan kepada pelanggannya.

Apa yang anda dapat jika anda melanggan? Internet Fibre tanpa had berkelajuan 30Mbps + Satu (1) talian mudah alih dengan komitmen bulanan RM367. Pilihan lain ialah 50Mbps (+RM40) dan 100Mbps (+RM120) serta empat (4) talian tambahan (+RM48/sebulan) untuk seorang.
Kepada yang berminat, boleh kunjungi Pusat Maxis yang berdekatan atau layari laman sesawang rasmi MaxisONE Prime.

