LG V30 Akan Memasuki Pasaran Malaysia?

LG Electronics (LG) mula memperkenalkan telefon pintar LG V30 kepada pelanggannya di negara asal Korea Selatan minggu lalu, dan akan diikuti dengan penghantaran global kepada para pelanggannya di Amerika Utara, Eropah dan pasaran utama lain di dunia di minggu-minggu akan datang.

IFA 2017 di Berlin telah melihatkan LG V30 memenangi 26 anugerah iaitu yang terbanyak dalam pameran tersebut. Ramai yang memuji reka bentuk dan mengagumi ciri-ciri inovatifnya.

Untuk memberikan pengalaman hiburan terbaik pada badan bersaiz kecil, para jurutera LG telah memasukkan paparan FullVision 6 inci, 18: 9 ke dalam kerangka nipis ini. Di bahagian depan dan belakang terdapat gelas melitupinya, lantas menjadikan V30 mendapat penghargaan dalam kategori “rupa dan rasa yang indah”. Dengan berat badan hanya 158g, V30 adalah telefon pintar paling ringan dalam segmen telefon pintar 6 inci dan ke atas.

LG V30 memiliki sensor bukaan F1.6 aperture berupaya untuk menghasilkan video yang berkualiti tinggi. Ciri ini boleh dikatakan lebih kurang sama seperti yang ada pada kamera profesional. Selain itu, paparan OLED juga adalah yang pertama dalam industri telefon pintar yang menggunakan format FullVision.

Sebagai alat untuk merakam video, V30 dilengkapi dengan mod Cine Video yang menawarkan 15 kesan seperti meniru genre dari komedi romantis hingga blockbuster musim panas. Point Zoom pula menjadi yang pertama dalam industri yang membolehkan seseorang untuk mengezum sebarang subjek dalam bingkai, bukan sahaja objek di tengah.

Apabila digabungkan semua ini dengan paparan OLED FullVision QHD+ (2880 x 1440p), ia akan menawarkan masa tindak balas yang lebih pantas dan meminimumkan susutan untuk pengalaman Google Daydream VR.

Butiran, harga dan tarikh ketersediaan LG V30 di Malaysia akan diumumkan secara rasmi tidak lama lagi.

You might also like