

Bagi anda yang berada di utara tanah air, ini ada berita baik buat anda semua semua! Switch Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang akan mengadakan jualan penghabisan stok. Terdapat banyak produk yang perlu dihabiskan seperti iPhone, iPad mini, iPad Air, iPad Pro, Macbook, Macbook Pro, iMac dan macam-macam lagi.
Anda boleh mengunjungi stor ini di lokasi Lot L3.22, Level 3 Gurney Paragon Mall, Georgetown bermula pada hari ini, 8 September sehingga 10 September 2017! Jadi, ini ada sedikit senarai produk dan harga menarik ditawarkan :

Tekan sini untuk produk lain.
Terma dan Syarat :
- Semua pembelian perlu ditanggung oleh pembeli.
- Tiada jaminan ke atas produk yang sudah dijual. Pastikan semak dahulu sebelum membeli.
- Setiap produk boleh ditukar dalam masa tujuh (7) hari sahaja.
- Produk yang dijual adalah sama ada unit demo / set tidak lengkap / produk penuaan / unit dituntut jaminan.
- Switch tidak akan bertanggungjawab jika unit yang sudah dibeli tidak dapat berfungsi.
- Produk yang dibeli tidak termasuk aplikasi pra-pasang seperti iWork dan iLife.
- Tunai dan kad kredit diterima.
- Hanya SATU (1) UNIT untuk setiap pelanggan.
Ini ada sedikit pesanan, jika ingin membeli lebih dari satu unit, sila bawa kenalan bersama anda. Cepat, jangan lepaskan peluang untuk memiliki salah satu produk dari Apple!

