

Minggu lepas kita sudah diperkenalkan dengan peranti induk terbaru Samsung Galaxy Note 8. Peranti ini dijangka akan memasuki Malaysia selewat-lewatnya akhir bulan depan. Sebelum ia memasuki pasaran tempatan, Samsung dengan ini mengadakan satu kempen pra tempah yang menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM888.

Promosi pra tempahan ini akan bermula pada 5 September dan berakhir pada 10 September depan. Setiap pembeli yang menyertai sesi pra tempah akan diberikan rebat tunai sebanyak RM321, bateri powerbank (RM269), dan sarung pelindung lut sinar.
Selain itu, mereka juga akan diberikan jaminan tambahan Samsung Protection Plus (RM298) selama satu (1) tahun jika berlaku sebarang kerosakan mekanikal atau elektrikal. Malah, manfaat ini juga ditambah lagi dengan tawaran perlindungan skrin selama 12 bulan.

Samsung Galaxy Note 8 yang dilengkapi paparan Infinity Display kini disyorkan pada harga RM3,999 termasuk GST.
Walaupun harga yang diumumkan ini agak mahal. Kami percaya peminat setia Note tidak kisah untuk membelanjakan wang mereka untuk peranti ini.

