
eDrive DBKL – Dapat Memantau Keadaan Lalu Lintas
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bukan sahaja menawarkan anda tiket saman, malah mereka kini memperkenalkan satu aplikasi yang diberi nama eDrive DBKL. Aplikasi yang sudah boleh dimuat turun ini memudahkan para pengguna untuk memantau keadaan lalu lintas di serata Kuala Lumpur.
Pengguna boleh menonton rakaman CCTV yang diletakkan di jalan-jalan raya sekitar Kuala Lumpur secara langsung, selain jalan raya yang sedang dinaik taraf atau penutupan. Aplikasi ini juga menyediakan ruangan aduan pengguna seperti masalah jalan rosak atau sebagainya. Ketiadaan parkir kereta di bandaraya metropolitan ini sering menjadi perkara utama, oleh itu, eDrive juga menawarkan kemudahan melihat kekosongan pada petak parkir.
Muat Turun
Ikuti langkah-langkah berikut…
▲ Sebelum boleh menggunakan aplikasi ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Selesai mendaftar akaun anda, terdapat butiran peribadi yang akan disimpan oleh eDrive.
▲ Terdapat empat kategori utama yang boleh dipilih iaitu Highlight, CCTV View, VMS dan juga Parking. Hightligh akan memaparkan promosi yang terkini pada aplikasi ini, manakala CCTV View akan memaparkan perjalanan lalu lintas pada jalan yang dipilih.
▲ VMS akan memberitahu jika terdapat penutupan jalan akibat naik taraf. Parking pula memudahkan pengguna untuk mencari tempat letak kereta, selain dapat menjimatkan masa anda.
▲ Pengguna turut boleh memnbuat aduan kepada pihak DBKL seperti lampu isyarat rosak, kemalangan, kerosakan dan pelbagai lagi.

