
Google Akan Menghentikan Sokongan Flash Tidak Lama Lagi
Flash sudah lama menjadi pilihan pemain media pada kebanyakan pelayar web, namun dunia teknologi terus berkembang dan pembaharuan tidak dielakkan dalam evolusi teknologi. Itulah yang akan terjadi kepada Adobe Flash Player yang sekian lama digunakan pada pelayar Chrome.
Menurut Google bermula hujung tahun ini, mereka akan secara beransur-ansur menghentikan sokongan pemain Flash pada pelayar Chrome dan menggantikannya dengan format HTML5. Format terbaru dikatakan lebih pantas, responsif dan kurang menggunakan tenaga. Namun begitu, Google akan meneruskan sokongan Flash pada 10 domain utama seperti YouTube, Facebook, Yahoo, Twitch dan juga Amazon.

