
U Mobile sebuah syarikat telco yang sedang berkembang pesat baru sahaja merasmikan sebuah kedai utama di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur hari ini. Kedai utama yang pertama dibuka di Malaysia ini menawarkan pelbagai kemudahan serta perkhidmatan penuh kepada pelanggan baru dan sedia ada.
Kedudukan yang terletak di aras bawah (Groud floor) pusat membeli-belah ini bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli tanpa kaunter malah produk dan servis yang ditawarkan juga mendapat pengiktirafan daripada Apple sendiri. Selain itu, di tingkat atas (1st floor), U Mobile juga menyediakan pusat kaunter pertanyaan dan pembayaran berkenaan dengan bil. Sementara, bilangan kaunter dan kakitangan yang ramai juga dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan pantas kepada pelanggan.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee, pihaknya telah menambah satu lagi konsert di dalam kalendar Unlimited Groove yang menampilkan penyanyi terkenal K-Pop, G-Dragon. Persembahan ini akan diadakan pada 17 September depan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama, U Mobile juga akan menganjurkan satu peraduan kepada pelanggan di laman Instagram bulan hadapan.

Dalam ujarnya lagi, Jasmine menyatakan U Mobile sudah menjalani proses menaik taraf gelombang rangkaian mereka kepada spektrum 900MHz dan 1800MHz yang boleh dinikmati sekarang selari dengan permintaan kerajaan pada tahun lepas.
SERTAI PERADUAN DAN BERPELUANG MEMENANGI TIKET PERCUMA!
Unlimited Passion for G-Dragon
- Peraduan akan berlangsung pada 18 Ogos sehingga 8 September 2017
- Peraduan akan diumumkan di Instagram
- Setiap peserta perlu “follow” laman U Mobile di Instagram
- Pelanggan aktif U Mobile yang sudah melanggan melebihi 6 bulan sahaja layak untuk menyertai
Unlimited Passion for Ed Sheeran
- Peraduan akan berlangsung pada 25 September sehingga 27 Oktober 2017
- Peraduan akan diumumkan di Instagram
- Setiap peserta perlu “follow” laman U Mobile di Instagram
- Pelanggan aktif U Mobile yang sudah melanggan melebihi 6 bulan sahaja layak untuk menyertai

