Celcom Axiata Bangkitkan Kegembiraan Hari Raya Di Rumah Kebajikan

Sebelum menutup tirai Aidilfitri tahun ini, Celcom Axiata Berhad telah mengambil inisiatif dengan melawat empat pusat kebajikan di sekitar Selangor. Dalam lawatan ini, terdapat dua pasukan sukarelawan terdiri daripada Pelatih Skim Latihan 1Malaysia (SK1M) dan kakitangan Celcom sendiri yang diketuai oleh Ketua Pegawai Koporat Celcom, Zuraida Jamaluddin.

Acara yang berlangsung selama setengah hari ini dipenuhi dengan sesi beramah mesra bersama anak-anak yatim piatu dari Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Puchong.

Seramai 55 anak tidak bernasib baik ini diberikan masa untuk bergembira selain ada juga yang menerima hadiah hamper dalam membuat persembahan karaoke. Bahkan, Celcom juga mengedarkan buah tangan kepada setiap kanak-kanak (majoriti sekolah rendah) yang terlibat.

Sementara, lawatan kedua Celcom pula telah berkunjung ke rumah Orang-orang Tua Al-Iklas yang menempatkan seramai 43 warga emas lelaki dan perempuan. Orang-orang tua yang mendiami rumah ini dikhabarkan berumur dalam lingkungan 47 sehingga 90 tahun yang tiada keluarga. Seterusnya, Celcom melanjutkan masa dengan mengunjungi Pusat Kebajikan Jagaan Sri Sai dan Pertubuhan Kebajkan Mental bagi menyerahkan sumbangan cek.

Sumbangan yang berjumlah RM100,000 ini diperoleh dan dikumpul melalui jumlah tontonan serta like pada video ‘Letters From Mak‘ yang dipertontonkan sejak bulan Mei lalu. Celcom Axiata juga berharap sumbangan yang diberikan ini dapat membantu menambah keperluan di masa akan datang.

You might also like