

Huawei sekali lagi ingin membawakan anda di Malaysia sebuah smartphone terbaru dengan teknologi dwi kamera, selain ia juga akan dilengkapi dengan kamera depan yang pertama dari Huawei menggunakan sensor 20 Megapiksel. Menurut Huawei, kebolehan dan keupayaan kamera ini mampu menjanjikan pengalaman pengambaran ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Telefon pintar ini juga telah menerima naik taraf dari segi reka bentuk yang lebih ergonomik dari sebelumnya. Kamera yang disediakan mampu merakam gambar mengagumkan di bawah cahaya yang malap.

Selain itu, gerakan tapak tangan dan ciri count down 2 saat memudahkan rakaman swafoto. Fungsi pengenalan muka 3D akan memastikan efek cahaya dan warna lebih sekata dan jitu. Huawei juga menawarkan mod potret iaitu bokeh di kamera belakang dan depan disamping ciri Beauty 4.0 dapat mengenalpasti jantina si perakam.

Dalam masa sama, Huawei mengambil nama “Nova” ini berdasarkan nama Latin yang bermaksud “Baru”, tetapi Huawei menganggap perkataan ini lebih kepada “inovasi”. Walaubagaimanapun, tarikh tepat bagi pelancaran ini masih lagi belum diumumkan. Anda boleh melawat halaman Facebook Huawei Malaysia untuk keterangan lanjut.

