Samsung Malaysia Menawarkan Siri Galaxy J Pro (2017) Dengan Tawaran Menarik

Samsung Malaysia Electronics (SME) hari ini mengumumkan telefon pintar Samsung Galaxy J Pro telah dibawa masuk ke pasaran tempatan dengan penawaran pakej yang menarik. Samsung akan memberikan jaminan satu tahun tambahan serta satu tahun perlindungan skrin kepada sesiapa yang membeli Samsung Galaxy J Pro bermula hari ini sehingga 30 September depan.

Samsung Galaxy J3 Pro
Samsung Galaxy J3 Pro

Kehebatan promosi ini ditawarkan kepada mereka yang ingin peranti mereka dilindungi seterusnya merasa bebas semasa menggunakan dalam tempoh jaminan. Pihak Samsung memahami para pengguna tidak boleh mengelak sebarang insiden yang tidak diingini seperti peranti terjatuh atau rosak semasa menjalankan kehidupan harian.

Samsung Galaxy J5 Pro
Samsung Galaxy J5 Pro

Siri Samsung Galaxy J Pro turut dilengkapi dengan skrin 2.5 darjah melengkung serta rekabentuk yang lebih bergaya. Spesifikasi yang diterampilkan berkebolehan seperti peranti flagship termasuk dalam sudut kamera, bateri dan ruangan storan. Pengalaman bergambar tidak mengecewakan terutamanya dalam persekitaran yang malap. Kapasiti RAM yang besar tidak sesekali membantutkan kerja multi-tasking dan hiburan semasa. Selain itu, ia juga menyediakan dua slot SIM dan satu slot kad microSD yang menyokong sehingga 256GB.

Samsung Galaxy J7 Pro
Samsung Galaxy J7 Pro

Harga yang disyorkan untuk Samsung Galaxy J3 Pro ialah RM699, Samsung Galaxy J5 Pro pula dengan RM1,149, sementara Samsung Galaxy J7 Pro hanya RM1,299 termsuk GST. Kesemua model boleh didapati dalam warna Silver Blue, Pink, Black dan Gold di kedai Samsung Experience Store yang berdekatan. Setiap pembelian akan diberikan 1 tahun jaminan tambahan dan 1 tahun jaminan perlindungan skrin.

Tawaran ini berakhir 30 September 2017!

You might also like