
Jika sebelum ini Acer telah memperkenalkan tiga model dari siri ‘Swift’ untuk pasaran tempatan iaitu Swift 3, Swift 5 dan juga Swift 7, terkini Acer telah mengumumkan Swift 1 untuk pasaran Malaysia.
Ia adalah sebuah komputer riba yang menampilkan rekaan nipis dan elegan. Hadir dengan panel paparan skrin berukuran 13.3 inci beresolusi 1920 x 1080 piksel, ia diserikan bersama sistem operasi Windows 10 Home.
Dari segi spesifikasi pula, Swift 1 dilengkapi cip pemproses Intel Pentium berkelajuan Quad Core N4200 yang mampu memberikan kuasa pemproses yang lebih baik dan juga menawarkan penjimatan kuasa, sekali gus menjadikan Swift 1 antara komputer riba yang boleh beroperasi pada tempoh yang panjang.
Bukan itu sahaja, komputer riba ini turut dilengkapi 4GB DDRL3 RAM dan juga 128GB SSD, supaya sistem operasi bekerja dengan lebih baik dan aplikasi dilancarkan dengan pantas.
Seperti mana Acer Aspire GX-281, Acer Swift 1 juga telah ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM 2,199 dan boleh didapati dari semua penjual sah Acer di seluruh negara. Anda juga akan akan dapat menikmati jaminan selama 2 tahun jika membeli peranti ini.

