
Xiaomi Mi Notebook Air 13.3” – Sokongan Pengimbas Cap Jari Dan 4G LTE
Komputer riba yang ringan dan nipis telah menjadi trend semasa, terkini Xiaomi telah melancarkan komputer riba yang telah dinaik taraf dari segi perkakasan. Pada tahun lepas, model pertama dikeluarkan secara terhad, ini mungkin untuk melihat sama ada ia diterima oleh pengguna ataupun tidak.
Terkini, Xiaomi Mi Notebook Air mendapat kelengkapan seperti paparan bersaiz13.3 inci, pemproses generasi ke-7 Intel Core i5 7200U dengan kelajuan mencecah 3.1GHz, dan kad grafik dimuatkan dengan GTX940MX malah anda boleh bertukar kepada GeForce MC150 yang dapat menghasilkan tiga kali lebih prestasi berbanding 940MX.
Memori dalamannya pula telah dimuatkan RAM setinggi 8GB dan storan 128GB atau 256GB jenis SSD. Konfigurasi yang melengkapkan komputer riba ini adalah seperti Bluetooth 4.0, satu USB-C, dua USB-A 3.0, satu bicu HDMI dan bateri 4-cell turut menyokong pengecasan pantas.
Berat Xiaomi Mi Notebook Air ini ialah 1.3kg berbanding 1.28kg daripada versi asal kerana menggunakan material logam jenis magnesium. Ia dijual di China bermula 12 Jun pada harga CNY4999 (kira-kira RM3,146) untuk model 128GB, di samping model 256GB dijual pada harga (kira-kira RM3,463).

