Vivo V5s Memperkenalkan Group Selfie, Sudut Lebar Tanpa Meninggalkan Sesiapa

Pasti anda suka merakam gambar bersama rakan-rakan bukan?

vivo kini memberikan fungsi terbaru dengan memperkenalkan Group Selfie pada vivo V5s, di mana ia amat sesuai digunakan apabila anda dan rakan-rakan ingin merakamkan kenangan.

Fungsi ini membolehkan efek landskap dengan sudut lebar 145 darjah merakam gambar berkumpulan tanpa meninggalkan sesiapa. Ia juga menyokong orentasi potret dan landskap dengan kamera 20 Megapiksel tanpa perlu menggunakan alat pihak ketiga.

Dengan lensa sudut lebar pada vivo V5s ini, ia memudahkan anda dan tidak lagi perlu untuk berlipat tangan bagi mendapatkan posisi sudut yang betul. Harga yang disyorkan untuk vivo v5s adalah RM1,299 berbanding harga model terdahulu v5 Plus pada harga RM1,699.

vivo V5s, anda perlu mendapatkannya sekarang!

You might also like