OPPO A77 Dijual Pada Harga RM1,398 Bermula 27 Mei Di Malaysia

KEMAS KINI

HARGA TERBARU: RM 1,298

 

Kehadiran OPPO A77 sudah hampir tiba! Harga yang dijangka lebih tinggi pada artikel lepas, oleh itu, OPPO Malaysia telah mengumumkan harga jualan sebenar iaitu RM1,398 dan mula dipasarkan di seluruh negara bermula esok 27 Mei.

OPPO Malaysia membawakan warna pilihan Gold dan Rose Gold yang mengutamakan fungsi Swafoto daripada kamera 16 Megapiksel dengan ciri Beautify 4.0, serta efek bokeh selain menggunakan paparan 5.5 inci HD penuh diletakkan pada kerangka badan logam.

Kamera belakang pula disediakan 13 Megapiksel PDAF, pemproses lapan teras, RAM 4GB, dan storan 64B yang dibekalkan bersama bateri 3,200mAh.

Kepada anda yang sudah menyimpan duit untuk membeli OPPO A77 ini, esok tibalah masanya!

You might also like