Aplikasi Clips Dari Apple Kini Boleh Dimuat Turun

Clips, sebuah aplikasi terbaru dibangunkan oleh Apple untuk pengguna iPhone, sudah dimuat turun lebih daripada 4 juta sejak empat hari sahaja diperkenalkan di Apps Store.

 

Dengan aplikasi Clips, anda boleh merakam video dan menyunting video dengan mudah seperti juru pakar. Ciri-ciri yang terdapat di dalam aplikasi ini seperti kawalan suara untuk memasukkan teks tanpa menaip sambil video dirakam, selain itu, anda boleh meletakkan sticker dan emoji menarik di dalam video tersebut, ditambah pula pelbagai filter termasuk efek komik.

Jika anda berminat untuk meletakkan muzik di dalam video yang diambil, fungsi ini juga disediakan. Selepas video habis disunting, dengan beberapa langkah sahaja anda boleh berkongsi video tersebut di media sosial berdasarkan orang yang selalu anda kongsi.

Aplikasi ini menggunakan jenis 64-bit dan menyokong iOS 10.3 ke atas, muat turun di SINI.

 

You might also like