
UI Terbaru Apple Music Di Android Menerima Banyak Perubahan
Setelah sekian lama Apple tidak mengeluarkan kemaskini Apple Music di Android, kini ia dapat dilihat dengan banyak perubahan seakan-akan sama pada iOS 10 di iPhone atau iPad. Antara ciri-ciri terbaru yang diperkenalkan adalah For You, iaitu aplikasi itu sendiri akan mengesyorkan lagu baru yang anda minat serta anda boleh menyemak lirik apabila lagu dimainkan.

