Pertandingan Dan Bengkel Fotografi Anjuran OPPO

Bagi meraikan tahun yang besar untuk fotografi mudah alih, terutamanya pada peranti telefon pintar, OPPO akan menganjurkan peraduan fotografi yang menawarkan pelbagai hadiah kepada anda semua. Untuk mengambil bahagian, anda boleh pergi ke Facebook OPPO semasa tempoh peraduan berlangsung dari 5 April 2017 sehingga 21 April 2017 (sehingga jam 3 petang). Semua gambar yang dihantar mestilah diambil menggunakan peranti pintar OPPO.

Bersama-sama dengan peraduan ini, OPPO Malaysia akan menganjurkan bengkel fotografi bagi meningkatkan kemahiran fotografi mudah alih para pengguna OPPO. Bengkel ini akan dikendalikan jurugambar terkenal seperti Kim Teoh, Asmady dan Keda.Z. Terdapat tiga sesi bengkel fotografi yang akan diadakan di Cafe de Flore, stesen Johor Bahru (8 April 2017), 163-D-6-20, OPPO Concept Store, Gurney Paragon Mall (15 April 2017) dan Stesen Kuala Lumpur (lokasi akan diumumkan, sila rujuk kepada OPPO Facebook Official Page) pada 29 April 2017.

Gambar yang diambil oleh Kim Teoh

Peserta boleh menghantar karya mereka, bersama-sama dengan penerangan foto untuk oppor9s.photography@gmail.com. Keputusan akan diumumkan pada 22 April 2017, hanya pemenang sahaja akan dimaklumkan.

 

You might also like