Redmi Note 4 Sudah Tiba Pada Harga RM 799

Redmi Note 4 secara rasminya sudah mula dijual untuk pasaran tempatan bermula hari ini. Sidang eRing menyertai majlis Xiaomi bagi melihat sendiri dengan lebih rapat peranti terbaru mereka dan berikut adalah apa yang kami dapat kongsikan kepada anda.

Pemproses 14nm

Menurut Xiaomi, cip pemproses Snapdragon 625 yang digunakan pada Redmi Note 4 menawarkan 20% penjimatan kuasa dari model Redmi Note 3. Ini kerana cip baru ini menggunakan kuasa yang jauh lebih rendah dari pemproses sebelum ini dan mengelakkan pembaziran kuasa. Jadi bateri juga akan bertahan lebih lama.

Bateri

Bateri pada model terbaru ini juga menerima tambah baik, namun tidak terlalu besar. Pada model Redmi Note 3, Xiaomi meletakkan bateri berkapasiti 4050mAh, manakala pada Redmi Note 4 dilengkapi bateri 4100mAh. Walaupun kapasiti hanya ditambah sedikit sahaja, Redmi Note 4 dikatakan mampu memberikan masa aktif yang lebih lama kerana cip pemproses yang digunakan pada model ini adalah jimat tenaga.

Kamera 13MP CMOS

Redmi Note 4 menggunakan sensor CMOS yang mempunyai prestasi baik di dalam menyingkirkan noise di dalam gambar, selain itu ia juga menawarkan keluasan piksel yang lebih besar bagi menghasilkan imej yang berkualiti di dalam keadaan malap. Sistem PDAF juga dilengkapkan bagi memudahkan anda fokus pada subjek dengan pantas dan mudah.

SPESIFIKASI
Pemproses Snapdragon 625, Octa-core 2.0 GHz
RAM 3GB
ROM 32GB dengan sokongan MicroSD sehingga 128GB
Kamera Utama 13MP BSI CMOS, PDAF
Kamera Hadapan 5MP
Bateri 4100 mAh
Dimensi 151 x 76 x 8.45 mm
Berat 165g
Harga RM 799

 

Selain dari variasi 3GB RAM dan 32GB ROM, Xiaomi juga akan membawakan Redmi Note 4 dengan spesifikasi 4GB RAM + 64GB ROM pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Anda boleh mendapatkan Redmi Note 4 dari stor jualan atas talian Lazada.

You might also like