Bocor: Antaramuka, Variasi Warna dan Bateri Samsung Galaxy S8

Imej dan informasi bocor Samsung Galaxy S8 seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir setiap hari ada sahaja maklumat dan gambar yang didakwa komponen peranti yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Terbaru, imej antaramuka Galaxy S8 pula berlegar di ruang Internet. Menurut sumber rujukan, imej ini diambil dari fail.apk Smart Switch dan memperlihatkan kemas kini ikon aplikasi dan juga skema warna antaramuka default. Selain itu, butang navigasi juga telah diubah suai menjadi lebih futuristik dan selari dengan rekabentuk widget jam.

Selain dari imej antaramuka, satu imej yang menunjukkan variasi warna Samsung Galaxy S8 juga sedang hangat diperkatakan. Menurut imej tersebut, terdapat 6 pilihan warna yang mungkin kita dapat lihat pada model terbaru.

Komponen bateri juga telah didedahkan beberapa pihak dengan dikhabarkan bahawa model Galaxy S8 Plus akan menggunakan bateri berkapasiti 3500mAh, manakala Galaxy S8 menggunakan bateri 3000 mAh.

You might also like