
Hari ini adalah sambutan Hari Wanita pada peringkat global, jadi Grab dan Magnum bekerjasama untuk menghargai anda semua melalui pakej yang cukup menarik.
Bermula dari 8 Mac hingga 12 Mac (10 pagi hingga 4 petang), mereka yang tinggal di Lembah Klang boleh membeli pek eksklusif ais krim Magnum Pink Pomegranate yang berharga RM10 setiap satu pek melalui aplikasi Grab.
Setiap pek mempunyai 4 aiskrim dan ianya akan dihantar terus kepada anda oleh pemandu Grab. Bagi setiap 4 pembelian pek ais krim Magnum ini, sebahagian dari hasil jualan akan disalurkan kepada Women’s Aid Organisation (WAO) untuk membantu badan tersebut di dalam misi mereka.
Cara untuk membeli ais krim eksklusif Magnum Pink Pomegranate:
- Lancarkan aplikasi Grab
- Pilih ikon #GrabMagnum pada aplikasi.
- Masukkan lokasi SAMA bagi penghantaran pada bahagian Drop-off dan Pick-up.
- Pilih kad kredit / debit bagi pembayaran, dan klik Book Now.
- Tunggu ais krim anda dihantar ke lokasi yang ditetapkan.

