MWC 2017: Huawei Memperkenalkan P10, P10 Plus dan Juga Watch 2

Pada April tahun lalu, Huawei menggegarkan pasaran smartphone dengan memperkenalkan peranti flagship yang dilengkapi kamera yang dibangunkan bersama pembangun kamera terkenal dunia, Leica. Huawei P9 dan P9 Plus kemudiannya menjadi salah satu smartphone terhangat pada tahun lalu. Pada acara MWC 2017, Huawei memperkenalkan kesinambungan siri tersebut dengan memperkenalkan P10 dan P10 Plus.

Huawei P10 dan P10 Plus mengekalkan majoriti estetik rekaan dari model P9, perbezaan yang ketara boleh dilihat di antara kedua-dua model ini adalah pengesan cap jari telah dialihkan ke panel hadapan pada model P9. Ini mungkin dilakukan Huawei bagi mendapatkan rekaan yang lebih minimal dan kemas pada bahagian belakang. Rekaan unibody logam dengan kemasan anti cap jari yang baru memberikan lebih karakter kepada Huawei P10 dan P10 Plus.

Spesifikasi Huawei P10 & P10 Plus

Huawei P10 Huawei P10 Plus
Paparan • 5.1 inci LCD
• 1920 x 1080 piksel
• 431ppi
• Corning Gorilla Glass 5
• 5.5 inci LCD
• 2560 x 1440 piksel
• 534ppi
• Corning Gorilla Glass 5
Pemproses • Hisilicon Kirin 960
• 64-bit octa-core (4 x 2.4 GHz A73+ 4 x 1.8 GHz A53)
• Hisilicon Kirin 960
• 64-bit octa-core (4 x 2.4 GHz A73+ 4 x 1.8 GHz A53)
GPU Mali-G71 MP8 Mali-G71 MP8
RAM 4GB 4GB / 6GB
ROM 64GB 64GB / 128GB
MicroSD Menyokong sehingga 256GB Menyokong sehingga 256GB
Kamera Utama:
• Leica Dual-Camera 2.0
• 12MP + 20MP sensors
• f/2.2 aperture
• OIS
Hadapan:
• 8MP sensor
• f/1.9 aperture
Utama:
• Leica Dual-Camera 2.0 Pro Edition
• 12MP + 20MP sensors
• f/1.8 aperture
• OIS
Hadapan:
• 8MP sensor
• f/1.9 aperture
Bateri 3,200mAh / Huawei SuperCharge 3,750mAh / Huawei SuperCharge
Kalis air Tidak Tidak
Sambungan USB Type-C USB Type-C
NFC Ya Ya
Perisian Android 7.0 Nougat / EMUI 5.1 Android 7.0 Nougat / EMUI 5.1
Warna Dazzling Blue, Graphite Black, Dazzling Gold, Rose Gold, Greenery, White Dazzling Blue, Graphite Black, Dazzling Gold, Rose Gold, Greenery, White Ceramic, Mystic Silver, Prestige Gold
Dimensi/Berat 145.3 x 69.3 x 6.98mm / 145g 153.5 x 74.2 x 6.98mm / 165g
Harga €649 (RM 3047.15) 64GB + 4GB: €699 (RM3281.9)
128GB + 6GB: €799 (RM3751.42)

 

https://www.youtube.com/watch?v=u9PORwYZSCo

Selain dari P10 dan P10 Plus, Huawei juga mengumumkan jam tangan pintar terbaru, Watch 2. Dua variasi diperkenalkan dengan Huawei Watch 2 yang dilengkapi kebolehan LTE nampak lebih sport dan moden manakala Watch 2 Classic pula pilihan untuk mereka yang mahukan rekaan klasik.

Kedua-dua variasi Huawei Watch 2 menggunakan sistem operasi Android Wear 2.0, jadi ia dilengkapi  kebolehan yang sangat menarik seperti Android Pay dan Google Assistant. Dengan adanya kedua-dua teknologi utama ini di dalam jam tangan pintar, tugasan seperti membeli belah, mencari maklumat, menetapkan agenda dan pelbagai lagi akan menjadi lebih mudah.

 

 

Huawei Watch 2 Huawei Watch 2 Classic
Paparan • 1.2 inci AMOLED
• 390 x 390 piksel
• 326ppi
• 1.2 inci AMOLED
• 390 x 390 piksel
• 326ppi
Pemproses Snapdragon Wear 2100 Snapdragon Wear 2100
RAM 768MB 768MB
ROM 4GB (2.3GB available) 4GB (2.3GB available)
LTE Ada Tiada
Bateri 420mAh 420mAh
GPS GPS + Glonass GPS + Glonass
NFC Ada Ada
Sambungan • Bluetooth 4.1 BLE + BR/EDR
• Wi-Fi 2.4GHz 802.11 b/g/n
Cellular:
• GSM/WCDMA/TDS/CDMA2000/TDD-LTE/FDD-LTE (only for 4G version)
• Bluetooth 4.1 BLE + BR/EDR
• Wi-Fi 2.4GHz 802.11 b/g/n
Sensor Accelerometer, Gyroscope, Barometer, Heart Rate Sensor (PPG), CAP Capacitance Sensor, ALS (Ambient Light Sensor), Geomagnetic Sensor Accelerometer, Gyroscope, Barometer, Heart Rate Sensor (PPG), CAP Capacitance Sensor, ALS (Ambient Light Sensor), Geomagnetic Sensor
Kelas Rintangan IP68 IP68
Sistem Operasi Android Wear 2.0 Android Wear 2.0
Saiz 48.9 x 45 x 12.6mm 48.9 x 45 x 12.6mm
Lebar Kunci Strap 20mm 22mm
Warna Dynamic Orange, Carbon Black, Concrete Grey Titanium Grey

 

Huawei belum mengumumkan harga rasmi peranti ini, namun ia dijangkakan akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei nanti.

https://www.youtube.com/watch?v=a3XKs1PKS3U

You might also like