Macam Mana Pula Rupa iPhone 7 Jet Black Anda?

Apple memperkenalkan warna Jet Black sebagai warna eksklusif semasa pelancaran iPhone 7. Seperti yang dijangkakan, warna tersebut menjadi rebutan di kalangan peminat iPhone yang rata-ratanya memilih Jet Black kerana mempunyai kemasan yang berbeza dari variasi warna lain. Namun Apple sendiri mengakui bahawa warna Jet Black amat mudah tercalar dan memerlukan penjagaan yang rapi.

Satu thread diskusi di Reddit dinaikkan bagi pengguna berkongsikan keadaan iPhone 7 Jet Black mereka. Ada yang mengalami calar-calar minor, tetapi majoriti gambar yang dikongsikan menunjukkan peranti mereka telah pun mengalami kerosakan kosmetik yang teruk. Kami kongsikan beberapa imej yang diambil dari thread tersebut.

1 2

kateswall – Menurut beliau peranti ini baru sahaja digunakannya 2 minggu. Bahagian bucu dan sisi iPhone sudah mula menunjukkan kesan calar dan kesan-kesan ini amat jelas ketika berada di bawah cahaya lampu.

 

1polygonarsenal – Mengakui beliau menggunakan peranti ini dengan agak kasar dan enggan menggunakan casing pada iPhone-nya.

 

1ctsikh – Tidak menggunakan casing pada peranti dan menurut beliau gambar ini tidak menunjukkan dengan jelas keadaan calar yang teruk pada panel belakang kerana ditutupi dengan kesan dari tangan.

 

1 2

mapor12 – iPhone 7 Plus Jet Black yang digunakan semenjak September tahun lalu. Peranti digunakan secara normal namun bahagian belakang jelas menunjukkan kesan calar yang teruk terutamanya di sekitar logo Apple.

 

Bagaimana pula keadaan iPhone 7 Jet Black anda?

You might also like