Samsung Galaxy C7 Pro Hadir Dengan Teknologi Penyejukan Cecair?!

c7-proSelepas pelancaran Samsung Galaxy C9 Pro di China pada tahun lepas, baru-baru ini Samsung tampil lagi satu model yang masih kekalkan rekaan yang serupa dengan C9 pro, tetapi telah menambah teknologi baru padanya, iaitu C7 Pro.

Menurut laman rasmi Samsung China, C7 Pro hadir dengan paparan skrin 5.7 inci Super AMOLED yang beresolusi 1920 x 1080 piksel. Pada panel belakangnya dilengkapi dengan tiga garisan antena yang kini semakin kerap digunakan oleh pengeluar smartphone.

2Dari segi penggambaran C7 Pro, kamera utama dan hadapannya dikuasakan dengan 16 Megapiksel dan aperture f/1.9, turut memberi anda keseronokan bergambar dengan fungsi tambahan yang tersedia dalam kameranya. Peranti ini dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 626, 4GB RAM serta 64GB memori dalaman, berserta bateri berkapasiti 3300mAh yang turut menyokong pengecasan pantas dengan port USB-C.

5Selain spesifikasi yang disediakan, C7 Pro juga hadir dengan sokongan sistem penyejukan cecair yang sangat membantu dalam memastikan kelancaran peranti berfungsi dengan baik sekali. C7 Pro telah dijual di pasaran China bermula hari ini (16 Januari) pada harga RMB 2799 (kira-kira RM 1810) dengan pilihan warna hitam, emas dan merah jambu.

 

HASIL GAMBAR

hasil-gambar

 

You might also like