
LTI Syncordis Diiktiraf sebagai Rakan Kongsi Perkhidmatan Temenos bagi Tahun ini
![]() |
![]() |
Anugerah yang dipersembahkan di Temenos Community Forum Online 2021
MUMBAI, India, 3 Jun 2021 /PRNewswire/ — LTI Syncordis, rakan kongsi pelaksanaan global Temenos dan subsidiari Larsen & Toubro Infotech Ltd. (BSE: 540005) (NSE: LTI) telah diiktiraf sebagai Rakan Kongsi Perkhidmatan bagi Tahun ini oleh Temenos di TCF Online2021 secara maya.
Sejak permulaannya, LTI Syncordis kekal komited dengan kejayaan komuniti Temenos dan telah berkembang menjadi rakan kongsi serenti global untuk pelaksanaan hujung ke hujung dan penyepaduan sistem. Selain itu, LTI Syncordis ialah syarikat pertama dengan pengesahan “Profesional Sektor Kewangan” (PSF) di Luxembourg yang berdedikasi sepenuhnya kepada perkhidmatan Temenos dengan keupayaan untuk menyokong semua perisian Temenos dan dinilai secara konsisten dengan skor kepuasan rakan kongsi yang tinggi dalam kalangan Rakan Kongsi Perkhidmatan Temenos. Pada 2020, LTI Syncordis telah memilih Temenos untuk melancarkan platform perbankan sebagai perkhidmatannya yang inovatif dalam pasaran Nordic yang membolehkan pihak bank memodenkan sistem perbankan teras legasi dengan pantas dan efisien. LTI Syncordis ialah rakan kongsi pilihan untuk klien Temenos di seluruh dunia yang mencari inovasi yang pantas dengan lebih daripada 600 orang pakar Temenos di Syncordis dan 35,000+ orang profesional teknologi di LTI.
Sudhir Chaturvedi, Presiden & Ahli Lembaga Eksekutif, LTI berkata:
“Kami percaya dalam memberikan kecemerlangan dan sentiasa pergi lebih jauh untuk klien kami. Pengiktirafan untuk komitmen kami adalah mengagumkan dan kami di LTI Syncordis amat menghargainya. Sebagai rakan kongsi pemain sejati Temenos yang berdedikasi, kami tidak sabar untuk mengeratkan perkongsian kami yang berhasil bersama Temenos dengan lebih lanjut dan memacu transformasi digital yang inovatif dalam industri perbankan selama beratus-ratus tahun akan datang.”
Guillaume Desjonqueres, Ketua Pegawai Eksekutif, Syncordis memberikan komen:
“Saya berasa gembira kerana menerima anugerah ini bagi pihak semua kakitangan kami yang merupakan kunci yang merealisasikan pencapaian ini. Hari ini berbanding hari lain, ia penting untuk memfokuskan kerjasama dan menyampaikan projek hujung ke hujung dengan kualiti yang terbaik kepada institusi kewangan bagi semua peringkat. Menjadikan perbankan lebih baik semuanya adalah tentang perkongsian tanggungjawab dan memperkasakan program transformasi digital yang inovatif. Pengiktirafan ini memberikan inspirasi kepada kami. Di samping rakan kongsi jangka panjang kami, Temenos, kami akan kekal komited – kepada pihak bank dan pelangaan mereka yang dihargai.”
Alexa Guenoun, Ketua Pegawai Operasi, Temenos berkata:
“Rakan kongsi mempunyai impak yang mengagumkan dalam ekosistem yang kami telah bangunkan lebih daripada 27 tahun kami dalam perbankan – mereka membantu kami untuk berinovasi, untuk menskala, dan untuk menjadikan perbankan lebih baik bagi pelanggan kami dan dunia. Saya berasa gembira untuk mengiktiraf LTI Syncordis untuk tugas mereka dalam memberikan teknologi yang mewujudkan pengalaman yang lebih baik, lebih pantas dan lebih bijak, serta kecerdasan yang meningkat untuk memberikan respons kepada dunia yang sentiasa berubah. Oleh sebab rakan kongsi seperti LTI Syncordis, kami mempunyai salah satu daripada komuniti yang paling kukuh, paling dinamik dan tidak mudah luntur dalam industri.”
Tentang Syncordis:
Syncordis, Syarikat LTI yang terletak di Luxembourg, memberikan projek pelaksanaan hujung ke hujung dan penyepaduan sistem yang berkualiti tinggi dengan fokus yang eksklusif pada perisian perbankan Temenos seperti Temenos Infinity, Temenos Transact, Temenos Fund Administration, Temenos Wealth, Temenos Payments, Temenos Financial Crime Mitigation dan Temenos DataSource. Syncordis juga merupakan satu-satunya rakan kongsi global Temenos yang berdedikasi sepenuhnya kepada perkhidmatan Temenos dengan keupayaan untuk menyokong semua set perisian Temenos. Dengan 12 buah pejabat di seluruh dunia, 600+ orang pakar dan perkhidmatan pelengkap seperti SaaS dan perkhidmatan sokongan pengeluaran yang terkawa, Syncordis membolehkan klien antarabangsanya untuk menguasai transformasi digital mereka. Ini menjadikan Syncordis sebagai salah satu daripada rakan kongsi perkhidmatan serenti untuk klien Temenos di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.syncordisconsulting.com
Tentang LTI:
LTI (NSE: LTI) ialah Syarikat perunding teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih daripada 400 orang klien berjaya dalam dunia yang menumpu. Kami pergi lebih jauh untuk klien kami dan mempercepatkan transformasi digital mereka dengan operasi dalam 31 buah negara melalui platform Mosaic LTI yang mendayakan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, IoT dan perjalanan awan mereka. LTI yang diasaskan pada 1997 sebagai subsidiari Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia sebenar yang tiada bandingannya untuk menyelesaikan cabaran yang paling rumit bagi perusahaan di seluruh industri. Setiap hari, pasukan kami yang lebih daripada 35,000 LTItes membolehkan klien kami menambah baik keberkesanan perniagaan dan operasi teknologi mereka serta memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan pemegang saham mereka. Ikuti kami di @LTI_Global
Berhubung dengan LTI:
Baca lebih lanjut:
Logo Syncordis: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/lti-syncordis-diiktiraf-sebagai-rakan-kongsi-perkhidmatan-temenos-bagi-tahun-ini-1.jpg
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Awards Data Analytics Financial Technology
Source: PRNEWSWIRE


