- Iklan -

Hari Servis OPPO Dinaik Taraf pada bulan Jun dan “Inspiring Plan” Dilancar

- Iklan -

SHENZHEN, China, 18 Jun 2021 /PRNewswire/ — Mulai 10 hingga 12 Jun, OPPO Support melancarkan “Inspiring Plan” (“Pelan Menginspirasikan”) dan menaik taraf Hari Servisnya di 23 wilayah di seluruh dunia termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina, Pakistan, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan sebagainya. Wajar dinyatakan bahawa acara Hari Servis OPPO, yang pada asalnya diadakan pada tarikh 10 hari bulan setiap bulan, dilanjutkan kepada tiga hari mulai Jun ini. (Sekiranya cuti tempatan, acara tersebut akan ditunda ke hari pertama selepas cuti.) Di samping itu, OPPO menyediakan diskaun 10-30% yang eksklusif untuk skrin, bateri dan kemas kini pelindung belakang bagi model-model yang ditetapkan, serta aksesori dengan potongan 10% daripada pembelian. Lebih banyak perkhidmatan yang mengejutkan seperti manikur, solekan turut disediakan di pusat servis pada bulan Jun. Selain itu, bagi pengguna yang tinggal jauh dari pusat servis tempatan, terdapat juga gerai luar buat mereka untuk turut menikmati acara berkenaan.

Inspiring Right Now! OPPO Service Day Upgraded in June
Inspiring Right Now! OPPO Service Day Upgraded in June

Sejak acara Hari Servis OPPO dilancarkan pada mulanya dalam bulan Oktober tahun lalu, ia telah meliputi lebih daripada 300 Pusat Servis OPPO, 23 negara dan wilayah setakat ini. “Menginspirasikan” ialah salah satu idea teras OPPO untuk membangunkan khidmat pelanggannya. OPPO sentiasa percaya bahawa perkhidmatan selepas jualan yang baik bukanlah sekadar mengenai pembaikan. Sebaliknya, ia harus menjadi satu proses untuk membantu pengguna mendapat inspirasi mengenai penggunaan harian dan penyelenggaraan telefon pintar. Tambahan pula, OPPO meletakkan pengalaman pengguna sebagai keutamaan tertinggi dan meningkatkan perkhidmatan berdasarkan maklum balas daripada pengguna, juga merupakan proses yang menginspirasikan untuk OPPO berkembang maju. Inspiring Plan, ialah acara Hari Servis yang dinaik taraf pada bulan Jun berdasarkan konsep memberi inspirasi. OPPO akan terus menyediakan acara servis yang baik untuk pengguna dari 10 hingga 12 hari bulan pada setiap bulan dengan idea teras “Care & Reach” (“Jaga & Jangkau”).

Tatkala OPPO terus menyediakan perkhidmatan yang lebih baik semasa berlakunya pandemik ini, ia berharap agar pelanggan berasa terjamin bahawa OPPO ialah jenama yang menitikberatkan aspek keselamatan pelanggan dan meletakkannya sebagai keutamaan tertinggi. Pusat Servis OPPO mengikuti dengan ketat garis panduan yang ditetapkan selaras dengan keperluan kerajaan. Kesemua kakitangan OPPO di pusat servis perlu memakai pelitup muka, memeriksa suhu badan mereka, membersihkan dan membasmi kuman di kedai pada setiap hari serta menyediakan pensanitasi tangan kepada pelanggan.

Sekiranya anda berminat dengan faedah-faedah perkhidmatan tertentu pada Hari Servis OPPO, jangan ragu-ragu untuk bertanya pasukan pakar servis tempatan. Selamat menikmati Hari Servis OPPO.

Ketahui Lebih Lanjut: https://support.oppo.com/

Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Retail Telecommunications New products/services

Source: PRNEWSWIRE

- Iklan -

You might also like