- Iklan -

Covid-19 memangkin pertumbuhan pesat sektor teknologi kawal selia Asia Pasifik

- Iklan -

Enterprise Ireland mengungkap landskap teknologi kawal selia APAC dalam laporan baharu berjudul ‘The State of Regtech in APAC’.

Jurang pembangunan antara negara maju dan negara membangun dikatakan sebagai kebimbangan utama sektor teknologi kawal selia pada masa hadapan.

KUALA LUMPUR, 24 Jun 2021 /PRNewswire/ — Teknologi kawal selia di Asia Pasifik (APAC) menghadapi cabaran sukar untuk merapatkan jurang antara negara maju dan negara membangun di rantau tersebut, menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh agensi inovasi dan perdagangan kerajaan Ireland hari ini iaitu Enterprise Ireland yang merupakan salah satu daripada pelabur Modal Usaha Niaga terkemuka di dunia termasuk teknologi kewangan. Jurang ini disorot secara khusus sebagai kesan daripada Covid-19 yang telah mempercepat permintaan terhadap penggunaan penyelesaian teknologi kawal selia di rantau tersebut.

Mo Harvey, Enterprise Ireland’s Financial Services and Fintech Lead AsiaPacific
Mo Harvey, Enterprise Ireland’s Financial Services and Fintech Lead AsiaPacific

Laporan bertajuk The State of Regtech in APAC ini menyediakan analisis yang paling komprehensif dan bebas tentang penggunaan teknologi kawal selia di 10 pasaran utama APAC iaitu Australia, Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Enterprise Ireland menugaskan Kapronasia, sebuah firma perundingan dan penyelidikan pasaran teknologi kewangan Asia terkemuka, untuk menyediakan laporan yang mengenal pasti peluang terkini dan halangan yang dihadapi oleh pemain teknologi kawal selia di setiap pasaran ini.

Melancarkan laporan tersebut hari ini, Menteri Perkhidmatan Kewangan Negeri Ireland, Sean Fleming berkata:  “Saya mengalu-alukan laporan teknologi kawal selia yang komprehensif ini daripada Enterprise Ireland. Laporan tersebut menekankan matlamat yang ingin dicapai oleh Strategi Kewangan Ireland serta cadangan unik yang berharga yang ditawarkan oleh Ireland kepada firma di Asia Pasifik dan di seluruh dunia. Sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa, saya ingin memperkukuh dan mempercepat kedudukan kami sebagai salah satu lokasi pembangunan teknologi kawal selia dan kewangan yang terkemuka di dunia. Saya menantikan kerjasama dengan firma Enterprise Ireland dan rakan kongsi mereka di Asia apabila mereka bersama-sama menyampaikan maklum balas yang bernilai dan inovatif terhadap cabaran pematuhan global.”

Adalah diramalkan bahawa pasaran bagi teknologi kawal selia global akan meningkat daripada USD6.3 bilion pada tahun 2020 kepada USD16.0 bilion menjelang tahun 2025 pada kadar melebihi 20% setiap tahun dengan APAC dijangka mengalami kadar pertumbuhan tertinggi dalam tempoh ini.[1] Unjuran pertumbuhan sektor ini adalah seiring dengan senario teknologi kewangan yang berkembang pesat di rantau ini terutamanya di Asia Tenggara yang menyaksikan anggaran pelaburan bernilai USD1 bilion pada tahun 2019.[2]

Walaupun APAC merupakan pangkalan bagi beberapa pusat kewangan utama di dunia, ketidaksamaan di rantau ini menunjukkan pelbagai tahap pembangunan pasaran. Di negara-negara maju seperti Hong

Kong, Singapura, Sydney dan Tokyo, pelaksanaan teknologi kawal selia didorong oleh ekosistem kewangan yang canggih dan persekitaran kawal selia yang kompleks. Keperluan untuk tadbir urus dan akauntabiliti, kemunculan peserta baharu dalam pasaran dan kebimbangan keselamatan yang muncul berikutan inovasi teknologi seperti kecerdasan buatan dan teknologi lejar teragih mewujudkan ketidakstabilan dari segi penggunaan teknologi kawal selia.

Berbeza dengan negara membangun yang pelaksanaan teknologi kawal selianya didorong oleh jaminan yang diberikan oleh sektor ini dalam membantu mewujudkan rangkuman kewangan. Pelaksanaan juga bergantung kepada model penggunaan perniagaan dan pengawal selia yang kurang mendapat sumber di rantau ini. Oleh sebab itu, kepentingan pasaran terhadap penyelesaian teknologi kewangan di negara membangun tidak sekuat rakan mereka di negara maju. Ini boleh jadi disebabkan oleh inersia kawal selia dan perbezaan yang ketara dari segi sikap dan tingkah laku asas terhadap teknologi kewangan.

Namun begitu, negara membangun menjadi matang selepas beberapa ketika –  ekosistem teknologi di negara maju dan membangun akan terus berkembang pada kadar yang semakin berbeza berikutan pendorong kawal selia berlainan untuk penggunaan teknologi kawal selia. Ini dapat dilihat terutamanya ketika pandemik Covid-19 yang semakin memperkukuh keutamaan domestik yang berlainan sekali gus meningkatkan jurang ekonomi dan teknologi di APAC.

“Covid-19 menggesa sektor perkhidmatan kewangan untuk memandang nilai pendigitalan sebagai suatu keperluan. Ia telah menjadi satu cara bagi organisasi untuk menambah baik perkhidmatan mereka sebagai tindak balas terhadap keperluan perniagaan dan pengguna yang berubah-ubah. Keperluan terhadap penyelesaian teknologi kawal selia jauh lebih tinggi berbanding sektor perkhidmatan kewangan seterusnya menyebabkan sektor ini berkembang dengan sangat pantas. Laporan ini merupakan suatu ikhtisar bagi sesiapa sahaja dalam sektor kawal selia, risiko atau pematuhan bagi mana-mana syarikat di rantau ini, serta syarikat-syarikat teknologi kewangan yang ingin meningkatkan skala dan berkembang ke Asia Pasifik,” jelas Mo Harvey, Ketua Perkhidmatan Kewangan dan Teknologi Kewangan Enterprise Ireland (Asia Pacific).

“Asia Pasifik terus menjadi sebuah rantau strategik yang menempatkan kebanyakan syarikat dengan kepakaran teknologi kawal selia, bukan sahaja bagi Ireland malah seluruh dunia. Di Enterprise Ireland, kami berkongsi komitmen untuk menyokong pembangunan segmen teknologi kawal selia global yang memberangsangkan serta menyumbang kepada ekosistem kawal selia global dan kami mengharapkan agar laporan ini dapat memberikan pemahaman yang berharga tentang kerumitan sektor ini sambil kami terus membantu banyak syarikat untuk berjaya dan mencapai pertumbuhan jangka panjang di rantau ini,” tambah beliau.

Brian Tang, Pengerusi Bersama, Ahli Jawatankuasa Teknologi Kawal Selia Persatuan Teknologi Kewangan Hong Kong  dan penganjur bersama Rangkaian Teknologi Kawal Selia APAC yang menyatukan Ahli Jawatankuasa Teknologi Kawal Selia Persatuan Teknologi Kewangan Hong Kong, Singapura, Jepun dan Malaysia berkata, “Teknologi kawal selia ialah rahsia di sebalik pemerkasaan institusi kewangan, teknologi kewangan, penyedia perkhidmatan aset maya dan lain-lain. Semua institusi dan pengawal selia serta pengguna di seluruh Asia Pasifik mendapat manfaat daripada penyelesaian teknologi kewangan yang inovatif, cekap dan menjimatkan kos untuk memerangi jenayah kewangan dan memacu kecekapan serta rangkuman kewangan tanpa mengira asal usul penyelesaian teknologi tersebut.”

“Walau bagaimanapun, perjalanan ke arah penggunaannya sudah pasti bukan mudah. Kami mengucapkan tahniah kepada Enterprise Ireland kerana menyediakan laporan yang komprehensif tentang situasi teknologi kawal selia di APAC, yang tersedia kepada umum supaya penyedia penyelesaian teknologi kawal selia di seluruh dunia serta penggubal dasar APAC dapat memanfaatkan hasil penyelidikan ini bagi membantu memacu penggunaan teknologi kawal selia di rantau ini,” tambah beliau.

Sorotan Serantau Utama: 

Beberapa pengamatan daripada gambaran keseluruhan laporan ini termasuk: 

  • Kesan Covid-19
    Covid-19 mempercepat peralihan kepada pendigitalan perkhidmatan kewangan, khususnya dalam sektor kawal selia, risiko dan pematuhan.  
  • Kos Pematuhan Dijangka Meningkat
    Gabungan kos pematuhan AML yang diunjurkan di seluruh Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura dianggarkan bernilai USD6.09 bilion setiap tahun, dengan lebih separuh daripadanya di Singapura.
  • Kesan Pengawal Selia di Seluruh APAC
    Pengawal selia khas negara mempunyai impak paling besar terhadap pematuhan kawal selia, tetapi pengawal selia Singapura mempunyai kesan yang ketara di kesemua negara dalam kajian APAC.
  • Penerimagunaan Teknologi Kawal Selia
    Perkembangan penyelesaian teknologi kawal selia di negara-negara Maju APAC mula bergerak pantas yang didorong oleh peningkatan keperluan untuk mengawal selia serta persekitaran kawal selia yang lebih ketat.
  • Bidang Berpotensi untuk Teknologi Kawal Selia
    Pemacu industri dan pasaran seperti kemunculan bank digital, pinjaman P2P, aset digital dan pengambilan jarak jauh memberi peluang kepada teknologi kawal selia untuk memenuhi keperluan penyelesaian khusus.
  • Perubahan Kawal Selia
    Perubahan prinsip kawal selia semakin memberi tumpuan kepada pematuhan dan penggunaan teknologi baharu untuk memenuhi standard dengan lebih cekap dan berkesan.
  • Halangan dan Cabaran
    Kitaran jualan yang panjang mencabar penggunaan teknologi kawal selia di negara Maju APAC manakala inersia kawal selia dan kekurangan proses kawal selia yang tepat dapat menghalang penggunaan teknologi kawal selia di negara Membangun APAC.

Laporan ‘The State of Regtech in APAC’ tersedia untuk dimuat turun di sini

[1] https://a-teaminsight.com/a-new-frontier-of-regulation-asia-takes-the-lead 
[2] https://www.worldbank.org/en/publication/wdr2016/Digital-Adoption-Index

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/covid-19-memangkin-pertumbuhan-pesat-sektor-teknologi-kawal-selia-asia-pasifik.jpg  
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/covid-19-memangkin-pertumbuhan-pesat-sektor-teknologi-kawal-selia-asia-pasifik-1.jpg

The State of Regtech in APAC, provides the most comprehensive, independent analysis available on the adoption of regtech across 10 key APAC markets
The State of Regtech in APAC, provides the most comprehensive, independent analysis available on the adoption of regtech across 10 key APAC markets

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE

- Iklan -

You might also like