- Iklan -

CGTN: China terbuka ialah manfaat besar kepada ekonomi global

- Iklan -

BEIJING, 12 Jun 2021 /PRNewswire/ — Lebih 1,000 jenama global termasuk Swatch dari Switzerland, Swarovski dari Austria, Shiseido dari Jepun dan Tesla Amerika berhimpun di Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China yang pertama di Haikou, ibu kota Wilayah Hainan, selatan China pada bulan Mei.

China terbuka ialah manfaat besar kepada ekonomi global
China terbuka ialah manfaat besar kepada ekonomi global

Dengan banyaknya ekspo dan pameran perniagaan, perdagangan, reka ciptaan dan inovasi, akses kepada produk asing kini menjadi senang dan mudah di China. Namun demikian, berdekad-dekad yang lalu, keadaannya berbeza sama sekali.

Sebelum tahun 1970-an, ramai orang bergelut untuk mencari sesuap nasi, apatah lagi memanjakan diri mereka dengan membeli belah secara beria-ia.

Dasar pembaharuan dan pembukaan China telah mengubah arah pembangunan negara ini.

Sejak memulakan dasar ini, negara ini telah melalui tiga gelombang keterbukaan yang utama.

Gelombang pertama bermula pada tahun 1978 dan berterusan sehingga tahun 1980-an dan 1990-an. Ia menyaksikan kemasukan besar-besaran pelaburan langsung asing untuk projek pembinaan infrastruktur dan perindustrian di seluruh negara ini.

Gelombang kedua bermula pada tahun 2001 dengan penerimaan China ke WTO, yang mendorong satu lagi ledakan pelaburan asing dan integrasi yang lebih besar dengan ekonomi global.

Kini, tatkala China memulakan lembaran pembangunan yang baharu di bawah Rancangan Lima-Tahun ke-14nya, negara ini berada di puncak gelombang baharu yang dapat dilihat melalui inisiatif proaktif untuk mengukuhkan lagi integrasi.

Medium yang terlibat termasuk pembangunan zon pedagangan bebas (FTZ) baharu dan pelabuhan perdagangan bebas Hainan, integrasi Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau serta perjanjian perdagangan dan pelaburan antarabangsa baharu seperti Perjanjian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Pendekatan dasar ini telah mendorong pembaharuan dan memperluas pasaran, mewujudkan bahagian tenaga kerja yang lebih khusus. Selain itu, persaingan sengit yang dirangsang oleh liberalisasi perdagangan dan pemotongan tarif import memaksa perniagaan domestik untuk menjadi lebih cekap. Ini turut membawa kepada pengoptimuman peruntukan sumber dan penaiktarafan industri.

Tempoh lebih 40 tahun pembaharuan dan pembukaan menyaksikan jumlah import dan eksport China melonjak daripada $20.6 bilion kepada lebih daripada $4.5 trilion, lalu menjadikan negara ini sebagai negara perdagangan terunggul di dunia.

Setelah mengubah negara ini daripada zaman serba kekurangan kepada pengalaman membeli belah beria-ia hari ini, reformasi dan keterbukaan bukan sahaja resipi kejayaan China, tetapi boleh dikatakan menjadi daya penggerak yang amat diperlukan demi menuju dunia yang lebih makmur.

https://news.cgtn.com/news/2021-05-19/An-open-China-a-boon-to-global-economy-10mwRLc0YVy/index.html

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Retail

Source: PRNEWSWIRE

- Iklan -

You might also like