- Iklan -

REYL Group dinobatkan sebagai “Pasukan HNW Terbaik Eropah” oleh WealthBriefing

GENEVA, 20 Mei 2021 /PRNewswire/ — REYL Group amat berbangga apabila dianugerahkan sebagai “Pasukan HNW Terbaik Eropah” untuk perniagaan pengurusan kekayaan dan perbankan swasta miliknya dalam WealthBriefing European Awards 2021.

WealthBriefing European Awards mengiktiraf pemain utama dalam pengurusan kekayaan di Eropah. Dengan mengikuti suatu proses yang bebas, ia menyerlahkan syarikat, pasukan dan individu yang dilihat oleh para juri berprestij sebagai organisasi atau individu yang menunjukkan inovasi dan kecemerlangan sepanjang tahun lalu.

Anugerah ini membezakan REYL daripada rakan seangkatannya sekaligus memberikan ganjaran atas pencapaian dan inovasi berterusan Kumpulan tersebut. REYL terus tampil berbeza daripada para pesaingnya melalui pengurusan kekayaan bersepadu untuk para pelanggan runcit dan korporat yang melangkaui segmen pasaran dan perniagaan.

Bagi tempoh tinjauan tersebut, Kumpulan ini mengumumkan perjanjian kerjasama yang strategik dengan Fideuram, anak syarikat kumpulan perbankan Itali iaitu Intesa Sanpaolo Private Banking yang akan mengukuhkan struktur korporat dan memperluas rangkaian edarannya. Kumpulan tersebut memperkukuhkan lagi penawarannya kepada pelanggan HNW, terutamanya dengan membangunkan aktiviti perniagaan Asteria Investment Managers, sebuah anak syarikat yang terlibat dalam pelaburan berimpak dan juga dengan melancarkan Alpian, sebuah platform digital untuk pelanggan HNW (Bernilai Bersih Tinggi) yang baru-baru ini memuktamadkan pengumpulan dana Siri B bernilai USD18 juta. Kumpulan ini juga bertindak balas terhadap perubahan keperluan pada pangkalan pelanggannya yang dinamik dengan menstruktur semula jabatan Perkhidmatan Pejabat Usahawan & Keluarga yang dikhususkan untuk pejabat usahawan dan keluarga (U)HNW (Bernilai Bersih Ultra Tinggi) sebagai laluan kemasukan yang unik untuk semua barisan perniagaan Kumpulan. Akhir sekali, Kumpulan tersebut telah menunjukkan tahun kewangan 2020 yang positif terutamanya dengan peningkatan aset yang ditadbir sebanyak 14% kepada CHF 15.5 bilion.

François Reyl, Ketua Pegawai Eksekutif REYL Group mengulas: “Anugerah ini membuktikan keunggulan pasukan kami yang memaparkan keseluruhan bakat mereka dan menunjukkan ketahanan, penglibatan serta inovasi dalam persekitaran ekonomi dan kesihatan global yang pertama kali berlaku. Dengan pertumbuhan organik kukuh yang direalisasikan oleh rangkaian perkhidmatan bersepadu 360°, REYL Group terus berinovasi dalam sektor perbankan swasta. Kami berhasrat untuk meneruskan usaha ini pada tahun-tahun akan datang dalam segmen Pengurusan Kekayaan sambil meningkatkan kejayaan barisan perniagaan Perkhidmatan Pejabat Usahawan & Keluarga, Penstrukturan & Penasihat Korporat serta Perkhidmatan Aset dan Pengurusan Aset kami.”

Tentang REYL Group: www.reyl.com 

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/reyl-group-dinobatkan-sebagai-pasukan-hnw-terbaik-eropah-oleh-wealthbriefing.jpg  

Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Accounting news, issues Awards Joint ventures New products/services Survey, Polls & Research

Source: PRNEWSWIRE

You might also like