- Iklan -

PureSoftware melantik veteran Industri Wayarles, Noy Kucuk untuk memimpin inisiatif 5G & Wayarlesnya

NEW YORK, 19 Mei 2021 /PRNewswire/ — PureSoftware, sebuah syarikat produk dan perkhidmatan berasaskan IP global, hari ini mengumumkan pelantikan Noy Kucuk sebagai Naib Presiden Kanan untuk mempercepat perniagaan Produk dan Perkhidmatan Telekomunikasi & Teknologi Tinggi syarikat. 

Noy Kucuk PureSoftware
Noy Kucuk PureSoftware

“Noy merupakan seorang profesional yang berjaya dengan kerjaya yang luas dalam pembangunan kejuruteraan dan teknologi wayarles,” kata Anil Baid, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Strategi PureSoftware. “Beliau merupakan seorang pemimpin dan membawa pengalaman yang luas ke pasaran 5G dan wayarles dengan pengetahuan yang pelbagai tentang blok pembinaan perisian dan perkakasan untuk mendayakan pertumbuhan produk 5G PureSoftware – Arttha5G dan pelbagai tawaran perkhidmatan. Pencapaian dan kemahirannya yang mendalam dan luas, ditambah pula dengan latar belakang pembangunan teknologi dan kejuruteraan yang terbukti akan membantu pelanggan kami menangani cabaran mereka yang paling kompleks.”

“Saya teruja dapat menyertai PureSoftware dan memanfaatkan domain & keupayaan teknikal mereka yang luas untuk memacu nilai perniagaan dan memastikan kejayaan dalam penglibatan dan strategi 5G,” kata Noy Kucuk. “PureSoftware berada pada kedudukan yang strategik untuk menyumbang dan mempercepat penggunaan infrastruktur wayarles dalam era baharu dengan kepakaran ujian dan pembangunan dalam standard 5G, pembangunan SW Tertanam dan platform Awan. Budaya keterlibatan yang proaktif, tindak balas dan pemilikan yang kukuh PureSoftware boleh dijadikan contoh dan amat menarik.” 

Baru-baru ini, Noy berkhidmat sebagai Naib Presiden Pemasaran Produk untuk Penyelesaian 5G di NXP Semiconductor dengan memberi tumpuan kepada pembangunan penyelesaian perisian dan silikon yang boleh diprogram sepenuhnya untuk pasaran infrastruktur 5G. Sebelum itu, Noy telah memegang jawatan kepemimpinan dan R&D di Avago/LSI, Ericsson, Nortel Networks di Amerika Utara, Amerika Latin dan Eropah selama lebih 20 tahun.

“Saya amat gembira mengalu-alukan kedatangan Noy sebagai Naib Presiden Kanan untuk memperkukuhkan perniagaan Telekomunikasi dan Teknologi Tinggi kami,” kata Manish Sharma, Ketua Pegawai Eksekutif PureSoftware. “Tumpuan kami adalah untuk membawakan tawaran produk dan perkhidmatan khusus kepada perniagaan dengan mudah bagi mempercepat penerimagunaan dan hasil perniagaan oleh para pelanggan kami. Di bawah kepemimpinan Noy, PureSoftware akan memperkukuh kerjasama, membangunkan pakatan strategik dan mengembangkan lagi jejak globalnya.”

Tentang PureSoftware: 

PureSoftware ialah sebuah organisasi produk dan perkhidmatan berasaskan IP dengan sejarah yang kukuh dalam membina produk yang inovatif dan menyediakan perkhidmatan kepada domain teknologi tinggi, teknologi kewangan, teknologi kesihatan, peruncitan dan hiburan. Syarikat tersebut fokus untuk mendorong pengalaman pelanggan yang berbeza, mempercepat tempoh kitaran dan meningkatkan pendapatan perniagaan melalui penyepaduan model penyelesaian digital, automasi robotik dan komersial bukan linear. Produk Arttha5G direka untuk menyediakan perniagaan dalam memanfaatkan proses 5G.

Sila hubungi: 

Gyaneshwari Tiwari
gyaneshwari.tiwari@puresoftware.com  
+91-8376932369

Foto: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/puresoftware-melantik-veteran-industri-wayarles-noy-kucuk-untuk-memimpin-inisiatif-5g-wayarlesnya-1.jpg

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/puresoftware-melantik-veteran-industri-wayarles-noy-kucuk-untuk-memimpin-inisiatif-5g-wayarlesnya.jpg

Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Personnel announcements

Source: PRNEWSWIRE

You might also like