
Giift mengumumkan pelancaran ‘Giift Box’
![]() |
Suatu platform baharu & berkesan untuk PKS bagi melibatkan pelanggan secara digital!
SINGAPURA, 19 Mei 2021 /PRNewswire/ — Giift terus mencipta penyelesaian kesetiaan yang serba canggih. Memperkenalkan platform baharu, ‘Giift Box’: Aplikasi berasaskan web yang direka khas untuk mempromosikan penyertaan digital dalam segmen PKS. Setiap pedagang, daripada gerai-gerai sehinggalah pasar raya kini mampu menarik perhatian para pengguna mereka.
Anda hanya perlu laksanakan 3 langkah mudah – cipta, terbit dan akhir sekali sahkan tawaran di kedai atau dalam talian. Para pedagang berupaya mencipta promosi dalam mod layan diri melalui platform ini. Mereka boleh memilih daripada pilihan templat sedia guna dan membuat khas templat tersebut mengikut jenama mereka. Setelah dicipta, promosi ini boleh dikongsikan di media sosial & media sembang. Promosi ini juga boleh dipaparkan di kedai melalui kod QR yang ringkas.
Untuk menikmati tawaran ini, para pelanggan tidak perlu memuat turun apa-apa aplikasi. Mereka hanya perlu mengimbas kod QR, masukkan butiran mereka dan nikmati manfaatnya. Daripada kad e-hadiah hinggalah kupon terpaut penggunaan, para pedagang boleh mencipta & menerbitkan promosi mereka dalam beberapa minit.
Kelebihan lain yang ketara ialah tawaran ini dapat diberikan secara lancar kepada khalayak ahli kesetiaan Giift sedia ada yang lebih besar. Ini memberi para pedagang suatu peluang untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem Giift dan memanfaatkan pendedahan kepada lebih daripada 80 juta pelanggan!
Pascal Xatart berkata, “Penyelesaian kesetiaan kami yang inovatif namun mesra pengguna di Giift sentiasa berhasrat menyediakan teknologi yang berskala dan lestari. ‘Giift Box’ menjadikannya kenyataan dan akan memainkan peranan penting dalam memajukan perniagaan PKS melalui penyelesaian yang berkesan serta mampu milik. Dengan pelancaran ini, Giift kini mengendalikan setiap segmen daripada perusahaan mikro sehingga syarikat korporat yang besar”.
Tentang Giift.com: Teknologi kesetiaan Giift yang inovatif pada setiap peringkat awal hingga akhir mengubah program ganjaran kepada nilai mata wang yang sepadan. Giift beroperasi di lebih 50 buah negara, mempunyai pejabat di New York, London, Singapura, Wuhan, Nairobi, Dubai, Jakarta, Mumbai, Colombo, Doha, Lagos, Kaherah, dan Dhaka. Model perniagaan Giift adalah berasaskan transaksi.
Logo – https://mma.prnasia.com/media2/1162353/Giift_Logo.jpg?p=medium600
Untuk maklumat lanjut tentang rencana ini, hubungi:
Pascal Xatart, Pengasas Bersama & Pengarah
pascal.xatart@giift.com
+44(0)7470605095
www.giift.com
Source: Gift Management Asia Pte. Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Multimedia/Online/Internet Retail New products/services Small Business Services Financial Technology
Source: PRNEWSWIRE