MSG91 Merapatkan Jurang Komunikasi Antara Pelanggan dan Syarikat

INDORE, India, 25 Mei 2021 /PRNewswire/ — Tahun 2020 mengubah segala-galanya dengan pandemik yang menular secara tiba-tiba – daripada tingkah laku sosial hinggalah kepada komunikasi.

Penjarakan sosial sememangnya wajar untuk Covid, namun pada ketika ini, perpaduan merupakan kunci kepada kelangsungan hidup! Keliru? Setiap orang membesar dengan mendengar ungkapan ‘Bersatu kita teguh’ dan inilah masanya untuk membuktikan perpaduan menentang Covid-19 yang menjadi musuh. Komunikasi kini menjadi semakin penting memandangkan wujudnya pelbagai cabaran baharu.

Perkhidmatan komunikasi yang pantas merupakan keperluan masa kini untuk kekal berhubung dengan pangkalan pengguna apabila ‘normal baharu’ diperkenalkan. MSG 91 tampil dalam setiap langkah ini untuk mengoptimumkan pengalaman mereka sambil menghasilkan pulangan yang terbaik. Menurut Forbes, kira-kira 85% daripada syarikat-syarikat mempersetujui bahawa integrasi API telah membuka laluan untuk kaedah pembangunan baharu, manakala 70% daripadanya telah pun mengguna pakai kaedah sedemikian.

Peringatan yang kerap akan membantu mengekalkan hubungan dengan pangkalan pelanggan sekaligus kekal menjadi relevan. Selain itu, perkhidmatan pemesejan transaksional dan pelbagai organisasi awam juga boleh menggunakan perkhidmatan API untuk menjangkau orang ramai dengan peringatan dan maklumat yang tepat, sekaligus memerangi penyakit ‘infodemik’ yang berbahaya (sebagaimana yang dianggap oleh WHO sebagai kesalahan maklumat yang tersebar dengan pantas ke merata-rata tempat).

Kebanyakan bandar dan pelbagai bahagiannya yang penting masih di bawah sekatan pergerakan. Pada waktu-waktu sebegini, jaminan dan komunikasi yang berterusan merupakan cara yang paling berkesan untuk kekal berhubung dengan pelanggan.

Kaedah tanpa sentuhan untuk mendapatkan resit dan perkara-perkara lain dalam bentuk transaksi SMS adalah berkesan dalam membendung penularan Covid-19 (melalui transmisi titisan) dan semakin membantu untuk mencapai matlamat perniagaan tanpa kertas di seluruh dunia.

Keselamatan ialah sesuatu yang amat membimbangkan, terutama dengan jumlah data yang besar yang direkod dan disimpan. Keselamatan merupakan sesuatu yang sangat diberi perhatian di MSG91 untuk menyediakan komunikasi terbaik bagi perkhidmatan API. Kira-kira empat daripada setiap lima organisasi melaksanakan penyumberan luar untuk kaedah API luaran dan hanya 19% melaporkan kelemahannya.

MSG91 telah bekerjasama dengan lebih 30,000 perniagaan di seluruh dunia. Organisasi awam, perkhidmatan kesihatan atau sesiapa sahaja yang memerlukan adalah digalakkan untuk menghubungi segera MSG91 dalam usaha membantu memerangi Covid-19.

Sila hubungi di- https://msg91.com/contact-us.

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/msg91-merapatkan-jurang-komunikasi-antara-pelanggan-dan-syarikat.jpg

Source: MSG91 Ltd.

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services Small Business Services

Source: PRNEWSWIRE

You might also like