Lifebit Dianugerahkan Kontrak Empat Tahun untuk Projek Genom Hong Kong

 Perisian perubatan kepersisan Lifebit akan menguasakan pembangunan perubatan genom Hong Kong dengan menyokong Hong Kong Genome Institute untuk melaksanakan inisiatif penjujukan genom berskala besar yang pertama iaitu Projek Genom Hong Kong. Projek ini akan memperkasakan para penyelidik dan profesional perubatan untuk memanfaatkan hingga 50,000 genom keseluruhan bagi mendapatkan diagnosis yang lebih pantas, rawatan yang lebih tepat dan diperibadikan serta melakukan pengawasan penyakit. 

LONDON, 25 Mei 2021 /PRNewswire/ — Peneraju dalam teknologi perubatan kepersisan, Lifebit Biotech Ltd. hari ini mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan kontrak selama empat tahun oleh Hong Kong Genom Institute (HKGI) untuk menyokong pelaksanaan inisiatif penjujukan genom berskala besar yang pertama di Hong Kong.

Lifebit Awarded A Four-Year Contract for Hong Kong's Genome Project
Lifebit Awarded A Four-Year Contract for Hong Kong’s Genome Project

Lifebit menawarkan penyelesaian bersekutu untuk inisiatif perubatan kepersisan yang terkemuka. Pada tahun 2020, Lifebit dan Genomics England melancarkan Trusted Research Environment (Penyelidikan Alam Sekitar yang Dipercayai) yang menyediakan syarikat farmaseutikal, para penyelidik dan klinisian terkemuka dengan akses analisis yang serba lengkap serta selamat kepada data genomik klinikal kanser serta penyakit yang jarang ditemui.

Dibiayai oleh Kerajaan SAR Hong Kong, HKGI ditugaskan untuk memajukan pelaksanaan Projek ini sebagai pemangkin untuk menubuhkan pangkalan data genom bagi populasi tempatan, infrastruktur ujian dan kumpulan bakat di Hong Kong. Kesemua ini akan memudahkan aplikasi klinikal perubatan genomik dan penyelidikan saintifik serta memberi manfaat kepada pesakit dan keluarga mereka. Bagi menyokong HKGI dan Projek tersebut, Lifebit akan menggunakan infrastruktur awan dan HPC yang boleh diskala untuk mengubah data jujukan mentah kepada diagnosis klinikal dan maklumat penyelidikan dalam masa hanya 3 jam.

Thorben Seeger, Naib Presiden Komersial Lifebit berkata:

“Perubatan kepersisan memerlukan jumlah data yang banyak untuk dianalisis dan kami percaya analisis bersekutu akan memainkan peranan penting dalam memperkasakan Projek untuk HKGI. Pendekatan bersekutu ini meningkatkan akses para penyelidik kepada data genomik populasi yang pelbagai di seluruh dunia tanpa mewujudkan sebarang risiko pada data pesakit yang sensitif kerana data tersebut akan sentiasa kekal selamat dalam persekitaran inisiatif masing-masing.”

Untuk mendapatkan siaran lengkap, sila klik di sini.

Tentang Lifebit

Untuk menyembuhkan penyakit, para penyelidik perlu mengakses dan menggunakan sebanyak mungkin data bioperubatan yang selalunya tidak boleh diakses dan tidak boleh digunakan. Teknologi bersekutu berpaten Lifebit membuka akses kepada maklumat penjanaan data dengan selamat dan menyampaikan ubat-ubatan yang lebih tepat dengan lebih cepat. Daripada menyediakan Persekitaran Penyelidikan yang Dipercayai untuk program perubatan kepersisan kebangsaan hinggalah kepada mendayakan syarikat-syarikat farmaseutikal untuk meneroka sasaran ubat-ubatan baharu, Lifebit mendayakan pelanggan di seluruh sektor awam dan swasta dengan mengubah cara mereka menggunakan data bioperubatan yang sensitif. 

Photo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/lifebit-dianugerahkan-kontrak-empat-tahun-untuk-projek-genom-hong-kong.jpg

Keywords: Biotechnology Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Contracts Licensing/marketing agreements

Source: PRNEWSWIRE

You might also like