
LTI Dinobatkan Sebagai Rakan Kongsi Terbaik WSO2 Tahun 2020 di Rantau APAC & ANZ
![]() |
– Untuk bersama-sama membangunkan penyelesaian Pengurusan API dan Perkhidmatan Mikro bagi pasaran global
MUMBAI, India, 11 Mei 2021 /PRNewswire/ — Larsen & Toubro Infotech (BSE: 540005) (NSE: LTI), sebuah syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global, telah dinobatkan sebagai Rakan Kongsi Terbaik Tahun 2020 APAC & ANZ oleh WSO2. LTI menerima pengiktirafan ini atas pembinaan kepakaran WSO2 yang pantas dan penyampaian penyelesaian berasaskan platform pengurusan API sumber terbuka serta integrasi perusahaan WSO2.
LTI berada pada kedudukan yang unik dalam kalangan rakan kongsi WSO2 kerana pelaksanaan, penghijrahan dan Perkhidmatan AMS yang serba lengkap, perkhidmatan pentaksiran dan penilaian produk yang ‘Tepat’, kehadiran global, model usaha sama komersial yang inovatif dan sangat kompetitif serta hubungan dengan pelanggan yang erat.
Sebagai rakan kongsi teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pelaksanaan yang menjadi pilihan kebanyakan pelanggan WSO2, LTI juga berjaya menyampaikan penyelesaian yang sangat fokus dan tersuai serta menepati landskap teknologi pelanggan yang kompleks.
Nachiket Deshpande, Ketua Pegawai Operasi LTI berkata, : “Integrasi perkhidmatan mikro dan sumber terbuka membolehkan perusahaan global memiliki seni bina moden yang boleh dikembangkan dan disesuaikan dengan perubahan dalam landskap perniagaan. Kerjasama kami dengan WSO2 membolehkan kami mencipta model komersial yang inovatif dan sangat kompetitif untuk para pelanggan kami. Kami akan terus melabur dalam kepakaran ini dan memanfaatkan pengalaman kami serta berkembang ke seluruh dunia.”
LTI menawarkan kerangka kerja integrasi Monolitik kepada Perkhidmatan Mikro buat para pelanggannya berdasarkan platform pengurusan API dan integrasi perusahaan WSO2. LTI ialah Rakan Kongsi Integrasi Sistem Global (GSI) iaitu tahap perkongsian yang tertinggi dan ia satu-satunya GSI yang juga merupakan rakan kongsi teknologi R&D.
Devaka Randeniya, Ketua Pegawai Pendapatan WSO2 berkata, “Kami teruja untuk mengiktiraf LTI sebagai Rakan Kongsi Terbaik Tahun 2020 kami di APAC & ANZ kerana prestasi yang cemerlang di rantau ini. LTI ialah rakan kongsi strategik yang menggunakan teknologi pengurusan API dan integrasi kami yang terkemuka dalam industri untuk menyediakan pelanggan dengan penyelesaian inovatif yang memberikan ketangkasan serta pulangan yang tinggi ke atas pelaburan. Kami berharap untuk memperkukuh kerjasama kami dengan LTI bagi mempercepat penggunaan di rantau ini dan di seluruh dunia.”
LTI telah melaksanakan perkhidmatan yang dimodenkan menggunakan pendekatan Integrasi Tidak Berpusat dan API Pertama dengan produk WSO2. Ia telah membangunkan Pembantu Integrasi Pintar (SIA) – sebuah platform yang menyediakan perkhidmatan integrasi antara perniagaan (E2E) melalui peranan yang dimainkan oleh WSO2 dalam keseluruhan seni bina. LTI dan WSO2 akan terus menyampaikan model komersial yang inovatif dan unik kepada para pelanggan dan prospek global yang ingin memanfaatkan ‘Peng-APIan’ sebenar.
Tentang LTI :
LTI (NSE: LTI) ialah sebuah Syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih 400 pelanggan berjaya dalam dunia yang kian menumpu. Dengan operasi di 31 buah negara, kami berusaha keras untuk pelanggan kami dan mempercepat transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang membolehkan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, IoT dan awan mereka. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai anak syarikat Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia nyata yang tiada tandingan untuk menyelesaikan cabaran perniagaan yang paling kompleks meliputi semua industri. Setiap hari, pasukan kami yang terdiri daripada lebih 35,000 warga LTI mendayakan pelanggan kami untuk meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi serta memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan para pemegang saham mereka. Ikuti kami di @LTI_Global
Tentang WSO2:
Ditubuhkan pada tahun 2005, WSO2 mendayakan perusahaan yang boleh digubah. Pendekatan sumber terbuka, API-pertama dan tidak berpusat kami membantu para pembangun dan pencipta untuk menjadi lebih produktif dan membina produk digital dengan pantas untuk memenuhi permintaan. Pelanggan memilih kami kerana platform kami yang luas dan bersepadu, pendekatan terhadap sumber terbuka dan kaedah transformasi digital. Platform hibrid syarikat untuk membangun, mengguna semula, mengurus dan menjalankan integrasi mencegah penguncian melalui perisian sumber terbuka yang dijalankan pada premis atau awan. Dengan pejabat yang terletak di Australia, Brazil, Jerman, Sri Lanka, UK dan AS, WSO2 mempunyai lebih 600 orang jurutera, perunding dan profesional di seluruh dunia. Hari ini, beratus-ratus jenama terkemuka dan beribu-ribu projek global melakukan 18.2 trilion transaksi setiap tahun menggunakan teknologi integrasi WSO2. Sila lawati https://wso2.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Ikuti WSO2 di LinkedIn dan Twitter.
Maklumat lanjut
Berhubung dengan LTI :
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Telecommunications Awards
Source: PRNEWSWIRE